Berlapar semata-mata untuk kurus bukan resepi diet cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob.

Dedah Fazley, menerusi amalan diet yang dilakukan sejak sebulan lalu, berat badannya dari 99 kilogram kini susut hingga 70 kilogram. Wow!

Manakala, isterinya, Datin Azrene Ahmad susut 25 kilogram sepanjang mengamalkan diet yang sama.

Hidup akan sentiasa penuh dengan dugaan. Namun dugaan yang datang sentiasa telah dijanjikan oleh Allah bahawa, “Kita sebenarnya mampu untuk menghadapinya” kuncinya sabar & tawakal @majalahnona @azrene_ahmad , nak tanya jugak, bila sabar itu dah terlalu diuji, apa cara yang korang lakukan supaya masih kekal sabar?

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on


Fazley ditemui pada The Malaysia International Gastronomy Festival di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini berkongsi beberapa tips berguna untuk menurunkan berat badan.

Berikut langkah-langkah mudah yang anda juga boleh amalkan untuk kurus dengan cara yang sihat dan selamat.

1. Kurangkan pengambilan gula dalam makanan.

"Gula juga menjadi punca kulit mudah berkedut, kurang anjal dan cepat beruban," katanya.

2. Elakkan mencampurkan jenis sayuran berlainan warna dalam satu hidangan. Misalnya memakan lobak bersama kubis.

3. Elakkan juga buah-buahan yang mempunyai kendungan gula yang tinggi seperti mangga, limau dan epal hijau.

4. Sebaliknya, lebihkan buah-buahan seperti tembikai dan epal merah.

"Makanlah sebanyak mana pun tembikai yang anda mahu. Sama juga epal merah, sebab ia akan mengelakkan anda daripada cepat lapar," ujar Fazley.

5. Jangan halang keinginan untuk makan!

"Anda boleh menikmati makanan ringan seperti biasa tetapi berpada-pada.

"Sama juga dengan kekerapan anda menjamu selera setiap hari. Tiada masalah kalau mahu makan enam kali sehari pun, asalkan kawal kuantiti yang diambil," tambahnya.

6. Yang penting! Bersenam. Kejayaan tak akan mudah dicapai kalau tiada usaha berterusan.

Pagi-pagi dah kena burn some fats and tone up lemak ?, 40 tahun memang usia sebenar kalau ikut IC, tapi usaha tetap usaha supaya badan kekal sihat! Cut down sugar! Kurang kan makan carbo! Kawal sikit kedegilan nafsu makan tu! Berani tak sambut cabaran saya?

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on