Selebriti Instagram, Syifa Melvin akhirnya mengumumkan yang dia kini sedang hamil anak pertama.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Syifa sendiri menerusi kemas kini di Instagram miliknya sebentar tadi.

“Bismillahi Masya-Allah tabarakkallah. Tak lama lagi yang menanti zuriat dari Allah SWT akan mendapatkannya, Allah pasti makbulkan segala permintaan hamba-Nya yang selalu yakin dalam berdoa.

A post shared by The Melvin’s Resources (@syifamelvin)


“Amin Ya Mujib, kurniakan mereka rezeki zuriat agar mereka dapat merasai kebesaran Mu, Amin.

“Alhamdulillah kami dikurniakan rezeki yang sangat indah ini, sentiasa doakan kami dan dipermudahkan segala urusan. Eid Adha dari kami dua setengah,” tulisnya.

BACA: Sahkan Syifa Melvin Hamil, Safawi Rasid Hadiahkan Hantaran Gol Untuk Isteri

Terdahulu, media tempatan melaporkan yang suami Syifa, pemain bola sepak Safawi Rasid mengesahkan isterinya hamil enam bulan.