Berita
"Tadi Semangat Patik Dah Berkecai"- Masakan Umie Aida Dapat 'Back Up' Daripada Raja Permaisuri Agong
Pelakon Datin Seri Umie Aida mendapat sokongan daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selepas cubaannya memasak kari kepala ikan mendapat kritikan daripada ahli keluarga.
Menurut Umie, biarpun masakannya itu dikatakan gagal oleh kakaknya yang juga pelakon dan pengarah Erma Fatima, dia tetap terus bersemangat untuk memasak selepas menerima dorongan daripada Raja Permaisuri Agong.
"Khas untuk @ermafatima yang telah post berturut-turut kat Instagram kutuk kami kaw kaw! Kononnya ku gagal masak kari kepala ikan & Mak Semah terpaksa cakap sedap untuk ambil hati ku.
"Tuanku Permaisuri cakap kari ada banyak jenis. Ada pekat dan cair. Terima kasih Tuanku Permaisuri bagi patik kata-kata semangat. Tadi semangat patik dah berkecai," tulisnya di Instagram.
Umie turut berkongsi paparan mesej antara dirinya dan baginda yang memberi respons terhadap video masakannya di Instagram.
Terdahulu, Erma mengkritik masakan Umie yang menyediakan kari kepala ikan menerusi beberapa video yang dimuat naik di Instagram.
Lebih menarik perhatian netizen apabila ibunya, Mak Semah juga turut mencuit hati dengan cara penyediaan kari yang dilakukan pelakon filem Dukun itu.
"Ini kalau rempah baru garing dah masuk ikan, hancur lebur lah ikan tu. Pandai Umie Aida masak. Ini adalah kari pesyen (cara) baru," kata ibunya.
Umie berkongsi video penyediaan kari itu selepas mendakwa ibunya kerap kali mengatakan dirinya sebagai individu yang tidak pandai masak.
Apapun, ramai yang terhibur dengan gelagat mereka sekeluarga.
Must-Watch Video