Pelakon Intan Najuwa melakar kejayaan tersendiri apabila memperoleh keputusan yang cemerlang sewaktu menjalani peperiksaan akhir semesta baru-baru ini.

Menerusi platform TikTok, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, memuat naik hasil keputusan yang tertera dua A bagi subjek undang-undang jenayah dan undang-undang kontrak.

“Semua malam tanpa tidur membuahkan hasil. Jom net gerak ke semester seterusnya wehu,” tulis Intan di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi kurang satu minit itu, menunjukkan Intan mencapai peningkatan seratus peratus dengan markah keseluruhan mendapat 80.

Terdahulu, Gempak pernah berkongsi Intan mengambil peperiksaan tersebut ketika sedang bercuti di London, United Kingdom.
@intannajuwaaa

All the sleepless night paid off! Let’s move to the next sem! ? wehu ?

♬ Bertahan Terluka - Fabio Asher

BACA: Bercuti Di London Tapi Tetap Ulang Kaji & Jawab Exam, Salute Pada Intan Najuwa! - “What Is Holiday? #LawStudentLife”

Sementara itu di ruangan komen, ia dihujani dengan pujian dan ucapan tahniah daripada wargamaya di atas kejayaan manis Intan.

Malah, tidak kurang juga ramai yang kagum melihat Intan mencatatkan keputusan A bagi subjek undang-undang jenayah yang boleh dikatakan agak sukar.

"@kashmira:Dia punya struggle tu eee tengok je story dia. congrats alhamdulillah.”

@Rink & Nasir:awhh walaupun tak kenal secara personal. rasa terharu gilaaa. Cane do dia manage semuaaa. berlakon & study and macam macam.”

@RIKAYS.S:Powernye criminal law dapat A.”

@:Ni baru kena jealous. Dah la cantik pandai pulak tu.”

@Zeem:Aku belajar Business Law dgn Administrative law pun dah sakit kepala. Apatah lagi kalau nak hadap criminal law. pecah mat kepala.”

@qah <3:Sealu tengok story IG Intan, pergi shooting pun bawak buku. hard work paid off. congrats!!”

@LyendaDarus:Pergh…kalau macam ni punya lawyer orang salah terus mengaku salah wei…MasyaAllah indah ciptaanMu.”

@Ig : maisarahnsr:Alhamdulillah hard work paid off! congratulations nampak struggle study through meja penuh buku. goodluck for next sem, fighting pretty!“

Sehingga kini, perkongsian Intan itu telah mendapat hampir dua juta tontonan dengan 250,000 tanda suka daripada warga TikTok.

Imbas kembali sekitar Disember tahun lalu, Intan mendedahkan dia kini sedang menyambung pengajian peringkat asasi dalam jurusan undang-undang di kolej BAC di Singapura.