Berita
“Tak Bersalah Langsung Nasi, Gula & Minyak Tu”- Mengarut! Dr Say Dedah Mitos Nak Kurus
Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shazril mendedahkan pengambilan nasi, gula dan minyak dalam makanan harian tidak salah jika hendak menurunkan berat badan.
Menurut Dr. Say tiga jenis makanan itu bukan punca berat badan naik, namun cara pengambilannya menentukan kesihatan badan seseorang.
“Nak kurus? Jangan ambil nasi, gula & minyak. Mengarut!
“Biasa dengar larangan atas ni kalau korang nak kuruskan badan? Maka korang pun tadah melolong tanpa mempersoalkan kenapa.
“Mari saya tanya balik, korang rasa korang boleh tahan tak, hidup tanpa nasi, gula & minyak selama-lamanya? Kalau boleh mai mesej nama saya bagi gula sepaket free.
“Tak bersalah langsung pun nasi, gula mahupun minyak tu. Yang bersalah sekarang adalah bila korang ambil nasi, gula & minyak melebihi keperluan harian badan,” tulisnya.
Dr. Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Tambah Dr. Say lagi, untuk mengamalkan gaya hidup sihat, tiga jenis makanan itu perlu diambil dengan cara yang betul.
“Nasi dan gula adalah karbohidrat yang merupakan sumber utama untuk menjana tenaga supaya otak & organ lain boleh berfungsi dengan baik. Minyak yang baik adalah lemak tak tepu yang penting untuk jana tenaga, melindungi organ, hasilkan hormon, bantu penyerapan vitamin & banyak lagi.
“Macam mana nak tau keperluan harian badan? Boleh google je “daily calorie requirement” tapi kalau korag jenis nak mudah macam saya yang tak pernah kira calorie sepanjang hidup, ikut ja saranan @kementeriankesihatanmalaysia #sukusukuseparuh iaitu suku nasi, suku lauk & separuh sayur-sayuran dan buah-buahan. Nak kurus pun biarlah sihat dan seronok,” kongsinya lagi.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang gembira dengan pendedahan mitos tersebut.
Dr Say muncul dalam Tanya Doktor sebagai hos bersama Lisa Surihani yang ditayangkan setiap hari Khamis jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Must-Watch Video