Pelakon Rita Rudaini tampil menempelak tindakan Farahanim yang didakwa cuba menyindir jiran tetangga yang didakwa terdiri daripada golongan artis yang antivaksin.

BACA: "Duk Sebar Dakyah Rebus Bunga Cengkih ..." - Farahanim Dedah Berjiran Artis Antivaksin, Bagi Klu Nama Mula Huruf RR & LL?

Jelas Rita, tindakan Farahanim yang bermuka-muka dengannya itu dianggap hipokrit justeru mengajak pengacara terbabit untuk bersemuka dengannya.

"Beginikah sikap seorang muslimah..orang muslim...datanglah jumpa depan-depan..bukan tak pernah sembang pon kan.

"Sisturr lagi lama duduk kawasan ni berjiran dengan schawal, Lufya... tak pernah pula jumpa jiran macam ni, elok je kita orang.

"Kalau tak puas hati mai la sembang...kita orang Islam kan berjiran...apa masalah hang ni?

"Sisturr pon tak pernah tulis sisturr antivaksin..pastu? Sisturr nak rebuih rumput ka, nak rebuih taik ka...itu sisturr punya pasal la.. tak pernah kacau hidup orang pon," kata Rita.



Terdahulu, menerusi ciapan Farahanim di Twitter, pengacara itu hanya meninggalkan teka-teki menerusi pangkal nama dua pelakon yang tinggal berhampiran dengannya.

Tulis Farahanim, pelakon terbabit didakwa menyebar dakyah antivaksin dengan merebus bunga cengkih untuk mengelakkan COVID-19.

Jelas Rita lagi, ciapan Farahanim itu disifatkan tidak wajar dan membuka ruang orang luar untuk memandang dalam konteks negatif.

"Eh nampak sangat tidak bijak, pasal vaksin saja pun nak pandang serong kat orang... Islam pulak tu.

"Ayooo orang macam ni tak boleh buat jiran...suka cakap belakang, depan bukan main manis mulut...belakang busuk jugak ye.

"Tak payahlah tulis RR LL..tulis je la nama...apa salahnya...kalau nak cari publisiti. Lepas ni naik la follower, jahat juga mulut awak ye sis," tambahnya.