Laman Utama
“Tak Kisahlah Normal Atau Pembedahan…”- Minta Jangan Bandingkan Cara Bersalin, Nad Zainal Kongsi Pengalaman Berpantang
Pelakon Nad Zainal meminta supaya jangan ada perbandingan mengenai cara proses bersalin setiap ibu.
Menurut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 30, nikmat dan sakit bersalin itu tetap sama.
“Pertama sekali tak kisahlah ibu melahirkan secara normal mahupun pembedahan, tak perlulah dibanding-bandingkan, kerana semua melalui nikmat dan sakit yang sama,” katanya.
Nad berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Pelakon Kami Histeria itu baru sahaja melahirkan anak keduanya, Budi Kalsom pada 30 Mac lalu.
Dalam pada itu, Nad yang baru pertama kali melahirkan anak secara pembedahan berkongsi pengalaman berpantangnya.
“Masa berpantang pula, ada beza, yang normal boleh tangas, yang pembedahan tidak… yang normal 1st day pantang dah boleh berbengkung, yang pembedahan kalau boleh tunggu luka kering.
“Tapi....kalau bertungku, haaaa boleh!! Cuma, area perut tak boleh... tapi selalunya after czer selalu lenguh pinggang tau mommies!,” kongsinya.
Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang bersetuju dengan pendapat Nad.
Nad mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan anak lelaki bernama Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun.
Must-Watch Video