Laman Utama
“Tak Pernah Berjaya!”- Dina Nadzir Akui Diet Perkara Paling Mencabar Dalam Hidup
Lebih sedekad menceburi bidang penyampaian radio, Dina Nadzir akui sentiasa menjalankan tugasnya dengan rasa tanggungjawab dan berilmu.
Malah sebagai penyampai radio Sinar FM, Dina atau nama penuhnya Faradina Mohd Nadzir, 36, dalam masa yang sama bangga kerana dapat mewakili suara wanita dalam memastikan pendengarnya tidak terlalu ‘stereotype’ terhadap satu-satu jantina.
Sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut Mac ini, Gempak kongsikan temu bual bersama Dina yang akui menghadapi beberapa cabaran hidup termasuk dalam mengamalkan ‘diet’?
Banyak lagi perkara menarik yang dikongsikan dalam menjawab beberapa soalan dari Gempak.
1. Apa makna Hari Wanita pada Dina?
Hari untuk saya meraikan kekuatan wanita di keliling saya. Juga hari yang membolehkan saya untuk meluahkan pendapat saya tentang kekuatan seorang wanita. Walaupun hari-hari saya cuba sampaikan, tetapi mesej tu akan memberi lebih impak dan diberi perhatian lebih oleh orang lain pada Hari Wanita.
2. Siapakah wanita yang paling Dina sayangi dan kagum serta kenapa?
Mama saya, Datuk Hajjah Nafisah Adam. Sebab bila dah besar ni baru perasan yang selama ni bi saya adalah ‘Wonder Woman’. Dia ada superpower. Macam mana laa dia boleh seimbangkan kerja sebagai Pegawai Polis dan cemerlang dalam tugasnya, disayangi oleh rakan sekerjanya, tapi masih sempat uruskan suami dan keluarga.
Ayah saya ni perfectionist pulak tu. Masih sempat masak utk breakfast, lunch, minum petang dan dinner. Masih ada masa untu kemas rumah, cuci baju, lipat kain. Aktiviti PING pun dia aktif jugak untuk kami 4 beradik. Sempat lagi main Tennis, main Golf.
Saya ni pun sekarang ada masanya terkial-kial juga. Tapi seingat saya, tak pernah sekali pun saya dengar dia merungut. Dalam masa yang sama. Ada satu masa tu dia sempat siap sambung degree lagi. Macam mana entah dia buat.
3. Sebagai penyampai radio apa tanggungjawab Dina dalam memberi semangat kepada wanita di luar untuk break the bias.
Sentiasa be respectful dalam menjalankan tugas, dalam masa yang sama, saya cuba untuk “sound humbly intelligent” supaya saya sebagai wakil wanita, tak bunyi macam tong kosong bila bersiaran. Secara tak langsung, gradually suara wanita diberi peluang dan respect yang sama.
Saya cuba bermain dengan isu-isu yang lebih gender-neutral utk pastikan pendengar tidak terlalu stereotype kepada kelebihan atau kekurangan yg berasaskan jantina.
4. Apa perkara yang dina boleh kongsi benda paling mencabar yang dina pernah buat dalam hidup?
Diet. Hahaha. Tak pernah berjaya!
Sebenarnya terlalu banyak. Setiap hari ada cabaran yang berbeza-beza. Tapi secara general, cabaran yang paling susah adalah untuk kekal positif dalam apa juga yang berlaku. I made a promise to myself years ago. Thats the toughest promise to keep.
5. Berikan sedikit ucapan sempena Hari Wanita
Buat semua wanita yg sempat baca ni. Dina nak ucapkan Selamat Hari Wanita! Semoga kita dapat jadi versi terbaik diri kita setiap hari. Dalam masa yang sama, terus nampak anggun jelita je. Hehehe
Must-Watch Video