Pelakon Jasmin Hamid mengakui kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh aktor Faizal Hussein sepanjang bergelar anak seni.
Menerusi entri di Instagram (IG), Jasmin menjelaskan dia bersyukur apabila seringkali diberikan peluang untuk bekerjasama dengan Faizal dalam sesebuah lakonan.
"Syukur Alhamdulillah dari saya muda sampailah sekarang, Allah masih beri saya peluang bekerjasama dengan Pelakon Lelaki Terbaik Malaysia bertaraf international, Seniman @faizalhusseinofficial yang amat saya kagumi dan hormati di atas kejayaan.
"Sikap beliau yang sering merendah diri walaupun nama beliau sentiasa di julang. Sepanjang saya bekerja dengan beliau, saya tak pernah dengar beliau marah dan merungut walaupun adakalanya berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan.
"Beliau sentiasa jaga kerja dan hormat orang sekeliling. Inilah kunci kejayaan beliau dan membuatkan beliau masih relevant sehingga kini.
"Beliau merupakan salah seorang idola saya. Aura beliau sangat kuat! Semoga Seniman @faizalhusseinofficial sentiasa di dalam peliharaan Allah dan bahagia bersama keluarga tercinta," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan kesihatan kedua-dua pelakon ini serta kagum dengan mutu lakonan yang ditunjukkan oleh mereka.