Penyanyi nasyid dan pengacara, Fakhrul UNIC tak pernah menyangka dia akan bergiat dalam bidang seni kerana sangat pemalu ketika di zaman persekolahan.

Menurut Fakhrul, dia pernah menyertai pertandingan Akademi Al-Quran (AQ) sekali pada tahun 2006, namun menemui kekalahan.

Dia kemudian menyertai pertandingan itu sekali lagi pada tahun 2008 dan memperoleh kemenangan.



"Di sini bermula, tak pernah sangka nak masuk TV sebab kat sekolah pemalu yakmattt acah-acah.

"2006 kali pertama masuk AQ1, balik awal kalah, 2008 rezeki termenang AQ3 TV3," tulisnya di Instagram.

Tambah Fakhrul, dia kemudian menceburi bidang pengacaraan walaupun masih berasa kekok.

"Lepas dari itulah saya diberi peluang mengacara TV, kekok malu, rasa tebal muka, tersasul, lupa skrip dan macam-macam lagi, tapi dari situlah segala pengalaman belajar," tulisnya lagi.



Dalam pada itu, Fakhrul turut mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang pernag memberi tunjuk ajar ketika zaman awal pembabitannya dalam bidang penyiaran.

"Terima kasih buat semua sifu-sifu dalam industri penyiaran dan rakan-rakan produksi yang banyak sangat mengajar, tak pernah saya lupa dalam doa.

"Tak pernah saya rasa hebat pun, sampai sekarang masih banyak kena belajar," tulisnya lagi.

disini bermula..tak pernah sangka nak masuk tv sbb kt sekolah pemalu yakmatt acah2 ? 2006 firsttime masuk AQ1, balek awai kalah haha, 2008 rezeki termenang AQ3 tv9, . . lps dari tulah diberi peluang mengacara tv, kekok malu, rasa tebai muka, tersasul,lupa skrip dll, tp dr situlah segala pengalaman belajar.. . . jelajah 1 malaysia kuar masuk hutan dgn program gps iman tv3, lps tu jelajah cari ubat jmpa segala pengamal prubatan alternatif dlm remedi tv9, jelajah p negara2 luar unsung places tv3, first time blajar mengacara prog live dlm NLKO tv9, belajar handle prog live ragam kanak2 dlm qari jr tv3..belajar jd ustat dlm kalamullah , muqaddimah & bismillah tv3..yg tu je kot job masa muda dulu, la ni muda lagi xlaku dah ? . . . walaupun lawak tgk muka sndiri dlu hahaha, tp situlah mulanya..terima kasih buat semua sifu2 dlm industri penyiaran n rkn2 produksi yg bnyak sgt ajar. tak pernah sy lupa dlm doa ?? , xpernah sy rasa hebat pun, sampai skrg masih bnyak kena belajar..selamat ulang tahun 36 @tv3malaysia @tv9malaysia . . . terima kasih ats sokongan n doa semua. prog mana korang mula kenal abam dulu? komen ? . . #36tahuntv3

A post shared by Fakhrul UNIC (@fakhrulunic) on