"Tak pernah sesaat pun saya lepas tangan," demikian tegas pelakon Norman Hakim yang didakwa melepaskan tanggungjawabnya dalam menyelesaikan isu membabitkan anak perempuan mereka, Marissa Dania Hakim.

BERITA TRENDING: Marissa Dania Dilabel Penyondol, Abby Abadi: “Lelaki Bukan Anak Patung Yang…”

Jelas Norman lagi, dia memohon agar perbincangan tertutup sesama ahli keluarga dilakukan dan tidak terlalu terbuka berkongsi di media sosial.

"Istighfar, bawa bertenang. Lagi banyak menulis lagi banyak salah faham nanti.

"Sudah habis di sini, iftar sama-sama nanti sambung sembang. Tak perlu semua benda kena kongsi seantero Malaya," tulisnya menerusi ruangan komen di hantaran Instagram Abby Abadi.

BERITA TRENDING: Abby Abadi Dedah CCTV Kantoikan Marissa, Cerita Kronologi Pernikahan Anak Di Thailand

Abby kemudiannya membalas komen Norman itu menyatakan perasaan kecewanya.

"Isu ini isu besar. Selagi tak selesai selagi itu orang akan bercerita. Antara kita, memang ini yang berlaku pun.

"Awak memang sangat-sangat mengecewakan. Saya penat lama menyimpan.

"Kasihan anak-anak saya dari kecil awak buat suka hati awak je. Sekarang anak-anak dah besar. Jadi tak perlu berbaik pun tak apa. Tak ada beza.

"Selesaikan apa yang patut je, yang dah bertangguh sekian lama. Kalau tak sedia menjawab je depan Allah nanti," balas Abby.

Terdahulu, Abby berkongsi luahan hatinya mengenai kontroversi yang berlaku dalam keluarga membabitkan Marissa Dania.