Mensyukuri nikmat adalah sesuatu yang dituntut pada setiap kenikmatan diperolehi, sewajarnya dimanfaatkan oleh semua terutama ketika di bulan Ramadan.

Ramadan juga adalah bulan kesabaran. Dalam kita mengharungi detik-detik sukar ini, kita perlu banyak bersabar dan menahan diri dari apa jua dugaan mendatang.

Macam si Syukur juga! Dalam episod kedua minggu ini, dugaan datang daripada adiknya sendiri iaitu Suri!

Macam-macam yang Suri lakukan sampai Si Syukur hampir hilang sabar tau! Yang paling menguji kesabaran bila Suri makan aiskrim depan Syukur!

Alahai Suri…dahlah tak puasa, dia uji-uji pula abang dia yang tengah puasa tu…Tapi akhirnya ada sesuatu yang berlaku tau.

Apa dia? Kenalah tengok episod penuh di bawah ini:


Haaa…baguskan Syukur! Berkat kesabaran akhirnya dia dapat merasai kemanisan pada penghujungnya!

Nikmat syukur menerbitkan nilai-nilai kemanusiaan dan dapat membentuk insan yang mempunyai jiwa yang sentiasa ingin memberi dan menyumbang agar kemanisan syukur turut dapat dikongsi bersama.