Laman Utama
“Tak Sangka Sampai Macam Tu” - Lah Ahmad Terkejut Sebab…
Penyanyi Lah Ahmad mengakui terkejut apabila penampilannya menerusi konsert Ruffedge baru-baru ini mendapat respons positif dalam kalangan peminat.
Menurut Lah, tiada apa yang terlintas di kotak fikiran melainkan peminat Ruffedge turut membesar dengan lagu-lagu yang pernah diterbitkan oleh kumpulannya, iaitu V.E.
“Alhamdulillah syukur. Tak sangka akan sampai macam tu.
“Muncul di fikiran waktu itu peminat Ruffedge juga membesar dengan lagu saya. Seumpama sebuah keluarga yang besar,” katanya kepada Gempak.
Menurut Lah, dia tidak menolak jika ada kolaborasi lain yang melibatkan dirinya dengan Ruffedge pada masa akan datang.
“Alhamdulillah saya dan Ruffedge baru sahaja lancarkan lagu judul Putus. Insya-Allah, ada lagi perancangan di masa hadapan memandangkan sambutan sangat positif bila bersama,” katanya.
Selepas kejayaan konsert bersama Ruffedge, Lah bakal muncul pula dengan sebuah drama bersiri berjudul One Million Dollar Voice.
Kongsi Lah, dia berharap agar watak Joe yang dijayakan dalam drama berkenaan dapat diterima masyarakat dan juga penonton.
“Semoga saya dapat memberi yang terbaik dan semoga usaha kita diterima masyarakat. Ada beberapa babak yang mencabar akal dan tindak laku tapi kita faham ia dilakukan sekdar untuk menjayakan watak Joe dalam kisah ceritanya.
“Ada cabaran yang dilalui ketika membawakan watak ini, namun saya anggap ia merupakan cabaran yang positif,” katanya yang turut menyifatkan One Million Dollar Voice sebagai sebuah drama yang unik dan berbeza dengan drama lain.
One Million Dollar Voice membariskan nama-nama hebat dan popular dunia hiburan Malaysia termasuk Emma Maembong, Amelia Henderson, Ben Amir, Lah Ahmad, Roy Azman, Datin Nina Juren, Sean Lee, Zarul Umbrella serta nama-nama baharu seperti Naufal Azrin, Uriah SK, Neeta Manisha, Bee Aishah, Ezra Kairo, Tracie Sinidol dan Layla Sania.
Drama yang diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden ini akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 28 Ogos 2023, pukul 10 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.
Must-Watch Video