Ibu kepada pengacara dan pelakon Yasmin Hani, Kamariah Ismail selamat menikah dengan lelaki pilihannya, Abu Bakar Mahmud pada Sabtu lalu.

Menerusi entri di Instagram (IG), Yasmin berkongsi gambar bersama ibunya dan berharap orang ramai dapat mendoakan kebahagiaan ibunya.

"Syukur Alhamdulillah my mummy dah diijabkabul smalam 17.8.2019 di Masjid Ar-Ridhuan Pekan Jeram. From wanting a super small do, terlebih sikit plak.

"Semuanya sebab anak-anak mummy ni teringin nak tengok mummy dia bersanding. Tapi mummy tak nak bersanding. Maka, kita tweak sikit. Lol. Hey tak semua dapat melihat ibu dan ayah kita bersandiang ok.

"In my case still tak sanding. Tapi naik pentas jugak la. Sangat happy dengan majlis yang kecil dan Alhamdulillah mudah urusan kami smalam. Moga mummy dan Abah 'uncle Burn', dapat mencari keserasian, persefahaman, kasih sayang dan menjadi pelengkap hidup antara satu sama lain.

"Moga Allah pimpin, melindungi, beri Kesihatan dan umur yang panjang lagi untuk mereka menikmati perkahwinan baru ini.

"Kami anak beranak mohon maaf sekiranya tak dapat menjemput semua untuk hadir kerana kami ingin kan majlis yang kecil-kecilan sahaja seperti permintaan pasangan mempelai. Ewah mempelai. Please doakan kebahagiaan, kesihatan dan kesejahteraan mereka. Abu Bakar Mahmud dan Kamariah Ismail," tulisnya.

Syukur Alhamdulillah my Mummy dah diijabkabul smalam 17.8.2019 di Masjid Ar-Ridhuan Pekan Jeram . From wanting a super small do, terlebih sikit plak. Semuanya sebab anak2 mummy ni teringin nak tengok mummy dia bersanding. Tapi mummy taknak bersanding ?. Maka, kita tweak sikit.. Lol. Hey not many of us get to see our mum or dad sanding OK. In my case still tak sanding. Tapi naik pentas jugak laaa? Sangat happy dengan majlis yang kecil dan alhamdulillah mudah urusan kami smalam. Moga mummy dan Abah 'uncle Burn', dapat mencari keserasian, persefahaman, kasih sayang dan menjadi pelengkap hidup antara satu sama lain. Moga Allah pimpin, melindungi, beri Kesihatan dan umur yang panjang lagi untuk mereka menikmati perkahwinan baru ini. Kami anak beranak mohon maaf sekiranya tak dapat menjemput semua untuk hadir kerana kami ingin kan majlis yang kecil-kecilan sahaja seperti permintaan pasangan mempelai.. Ewah mempelai.. ? Please doakan kebahagiaan, Kesihatan dan kesejahteraan mereka. Abu Bakar Mahmud dan Kamariah Ismail. #YasminHani #KamariahIsmail #MakAkuKahwinWoi #SyukurAlhamdulillah #MummyGotHitched

A post shared by Yasmin Hani Richardson 雅诗敏 (@yasminhani) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah pada keluarga Yasmin dan mendoakan kebahagiaan buat kedua ibu dan bapanya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Yasmin atau nama sebenarnya, Yasmin Hani Richardson mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2011 dengan Sha'arin Mohammed Razali Wong.

Pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Eissa Elzander Wong, Noah Ismail Wong