Berita
"Tak Solat Tapi Puasa, Hanya Mendapat Lapar & Dahaga" - Ini Peringatan Abby Abadi
Pelakon Gerak Khas dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi tampil memberi nasihat kepada pengikutnya di media sosial supaya sentiasa menjaga solat.
Menerusi entri di Instagram (IG), Abby berharap agar orang ramai dapat berusaha untuk menjauhkan diri daripada neraka dengan memperbanyakkan amalan.
"Ramadan bulan keberkatan. Awalnya rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan di akhirnya, dibebaskan dari api neraka.
"Jadi marilah sentiasa beringat dan berusaha untuk dijauhkan dari neraka Allah. Solat 5 waktu wajib jaga. Pastu puasa. Tak solat tapi puasa, hanya mendapat lapar dan dahaga.
"Pada Sahabat-sahabat yang masih terus berniaga, kuatkan semangat. Bukan untuk cari rezeki je tapi untuk amal ibadat juga. Jaga solat, jaga aurat.
"Dapat rezeki lebih, pejam mata je sedekah. Jangan kedekut k. Sedekah itulah antara penyelamat kita nanti k hehe.
"Oklah sekian peringatan untuk diri sendiri dan yang memerlukan peringatan bersama," tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Abby, malah ada juga mengakui mereka sering berpuasa namun meninggalkan solat lima waktu.
Untuk rekod Abby telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Sebelum ini, Abby pernah berkahwin dengan pelakon, Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Must-Watch Video