Laman Utama
"Takkan Selama Bertahun Buat Ni Tak Ada Rasa Bersalah?" - Isteri Hafidz Roshdi Serah Peguam Uruskan Kes 'Penyondol'
Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada tampil membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh wanita yang didakwa segelintir masyarakat sebagai orang ketiga dalam rumah tangga mereka, Athira Yuhada.
Dalam hantaran di Instagramnya, Nurul Shuhada mendedahkan adanya beberapa kenyataan yang bercanggah daripada fakta seperti yang dinyatakan Athira dalam hantaran terdahulu.
"Terima kasih Cik Athira atas cubaan membuat permohonan maaf secara terbuka berserta cubaan untuk meletakkan kesalahan ni pada orang lain. There is some misleading info(s) that I have to object.
"You both have been contacting each other till 25 January 2023 which just few weeks ago. This statement is in accordance with all the evidence I've witnessed first hand, I have all the rights to display it to the public to protect my family, but I rather surrender everything to my lawyer for a proper and civilized way to handle this.
"I highly advise not to blame this on Hafidz alone since you know that its not the truth, kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, you yourself know how rapid relationship korang bergerak kan? Katanya jumpa pada sekian sekian waktu tapi tiba tiba… 9 years kena try? Woww hebatnya you dikejari," kongsinya pada Ahad.
Kata Nurul Shuhada lagi, dia mungkin tidak dapat memaafkan kesilapan kedua-dua individu berkenaan namun tidak akan melupakan perkara yang telah berlaku antara mereka bertiga.
"Perkara yang you buat bukan mudah I nak maafkan but Allah kata jadilah manusia pemaaf walaupun seberat mana kesalahan, I maybe will forgive but I will never forget, You sendiri cakap you sympathize with Hafidz’s mental health condition?
"You tak ada rasa empathy dekat golongan wanita yang dikhianati and anak anak yang tak berdosa? Takkan selama you buat dah bertahun ni takda rasa bersalah as perempuan kan?
"I tak nak panjangkan this issues, cukuplah di media sosial, I need time to console my kids and families, semua malu dan terpalit but again thank you for everything you have done to me and my kids, may Allah mengadili sebaiknya in shaa Allah. Have a good day, Athira Yuhada," tambahnya.
Terdahulu, Athira menerusi Instagramnya tampil memohon maaf secara terbuka kepada Nurul Shuhada dan kedua-dua anaknya, Humaira dan Umar.
Dalam hantaran sama, Athira memberitahu dia cuba mengelak daripada berhubung dengan Hafidz sepanjang tempoh sembilan tahun demi menghormati keadaan kesihatan pelakon lelaki terbabit.
Must-Watch Video