,
Hiburan

Takut Salah Pilih, Qistina Raisah Dedah Ibu Bantu Tapis Teman Istimewa - “Kalau Dating Ibu Saya Teman”

Umirah Halim
22/10/2024
03:05 MYT

Pelakon sensasi, Qistina Raisah mendedahkan ibu nya yang juga merangkap sebagai pengurus, Roszana Aminuddin akan sentiasa memantau perihal hubungannya bersama teman istimewa.

Ibu bantu tapis

Malah, Qistina atau nama sebenarnya, Nur Qistina Raisah Mohd. Kamarol Azri turut memberitahu ibunya akan turut serta sekiranya dia bertemu janji bersama kekasihnya.

“Memang mak saya tapis tapi lagi-lagi teman lelaki. Banyak juga salah pilih lelaki.

“Kalau saya dating mak saya teman,” katanya ketika ditemui Gempak.

Sementara itu, apabila disoal mengenai status hubungannya sewaktu ini, aktres berusia 16 tahun itu enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

“Yang itu biarlah rahsia, sekarang ada kot,” ujarnya ringkas.

BERITA TRENDING: Pengikut Instagram Qistina Raisah Bertambah 15,000 Selepas Tular Insiden Simbah Air Ke Muka Rakan - “Memang Love! Saya Rasa Netizen…”

​BERITA TRENDING: Hanya Jadi Diri Sendiri, Qistina Raisah Tak Kisah Netizen Kritik Penampilan Seksi - “Baju Saya Pilih, Mak Akan Tapis Dahulu..”

​BERITA TRENDING: Liam Payne Meninggal Dunia, Terjatuh Dari Tingkat 3 Hotel

​BERITA TRENDING: Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak

Dalam perkembangan lain, Qistina Raisah bakal memeriahkan Havoc Food Festival.

Antara selebriti dan pempengaruh yang akan memeriahkan Havoc Food Festival kali ini termasuklah Ojen Aiwahh, Azza Elite, Reen Rahim, Syura Badron, Al Sulong, Vicha Saywho, Cat Farish, Shikin Maembong, Asfan Shah, Liya Maisara, Vokey, Eira Aziera, Pablo Faka, Afigah Hasanah, Daud Reny Latah, Cikidot, Aliyah Balqis, Mat Alip, Zaki Azeman, Raa Suzuran, Baby Ainatul dan ramai lagi.

Memasuki tahun kelima penganjuran, Havoc Food Festival di bawah platform Havoc Event & Management Sdn Bhd mash mempunyai matlamat yang sama iaitu menjadi hub atau karnival makanan terbaik buat para usahawan bumiputera dalam menjana pendapatan.

Havoc Food Festival akan bermula 24 sehingga 27 Oktober 2024 di Dtempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam, dan mereka akan ke terbang buat julung kalinya ke Sabah bersempena Havoc Tour Sabah 2024 mulai 30 Oktober sehingga 3 November di SICC Kota Kinabalu Sabah dan meneruskan Havoc Food Festival di Komplek Sukan Sandakan pada 6 hingga 10 November 2024.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Saif Sulaiman Alami Demam Panas Hingga Masuk Wad, Syifa Melvin Mohon Doa - “Berkecai Hati Tengok Anak Ibu Lembik…”

gempak
18/10/2024
23:50 MYT
Usahawan Syifa Melvin memaklumkan anak sulungnya, Sulaiman dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam baru-baru ini.
Terkini

Arnie Shasha Mohon Jangan Kecam Qistina Raisah -“Saya Minta Maaf Banyak Tipu Netizen, Tak Sangka Video Tular”

gempak
17/10/2024
10:55 MYT
Menurut Arnie atau lebih mesra disapa Shasha menjelaskan dia tidak menyangka video tersebut akan menjadi tular sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Berita

Gara-gara Tidak Balas Mesej ‘Good Morning Sayang’, Lelaki Mengaku Tampar Teman Wanita Bayar Denda RM 800

gempak
17/10/2024
10:25 MYT
Seorang penjaga stor mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Batu Pahat, Johor atas tuduhan mencederakan teman wanita selepas bergaduh berhubung isu tidak membalas mesej dihantar melalui aplikasi WhatsApp, Khamis lalu.
Terkini

Pengikut Instagram Qistina Raisah Bertambah 15,000 Selepas Tular Insiden Simbah Air Ke Muka Rakan - “Memang Love! Saya Rasa Netizen…”

gempak
17/10/2024
10:00 MYT
Pelakon, Qistina Raisah mendedahkan pengikut di TikTok miliknya bertambah sebanyak 15,000 selepas video dia menyimbah air ke muka rakannya yang juga penyanyi dan aktres, Arnie Shasha tular dalam media sosial.
Hiburan

Setiap Malam Tunggu Norlia Ghani Live, Rindu Hasif Upin Pada Arwah Ibu Terubat - “Muka Macam Mak...”

gempak
16/10/2024
09:25 MYT
Selain menjadikan Norlia Ghani sebagai idola, penyanyi dan pelakon Hasif Upin akui terubat rasa rindu setiap kali menatap wajah pelakon veteran itu.
BorakSeeni