Skip to main content

Berita Tempatan

Tamat Pengajian Racing School, Diana Danielle Tak Sabar Nak Masuk Litar

dianadanielleracing.jpg
Pelakon Diana Danielle baru sahaja menerima sijil perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.

Menerusi laman Instagram (IG) , Diana memberitahu gembira apabila baru sahaja tamat pengajian untuk kelas perlumbaan itu selepas menjalani tiga bulan latihan.

Berikut merupakan kapsyen yang ditulis:

"Graduated from racing school with big bae and small bae witnessing #smallbaelikestodosourfaces,"

"Today is our GRADUATION DAY for all the racers! Akhirnya lepas hampir 3 bulan training, we have come to the end of our training... lepas ni nak cari ilmu dan skill kena pepandai la sendiri sendiri... Terima kasih kepada coach Shah, Toyota representatives, dan all the people who made it happen here at Sepang F1 Circuit. And thank you to MY BOYFRIEND; my sexy red Vios for being such a reliable and smooth car... let's do this baby V! #vioschallenge #GAZOORacingMalaysia #AllAboutTheDrive #ToyotaMalaysia,"

Diana turut memuat naik fotonya yang lengkap berbaju racing bersama sijil yang diterima.

Turut hadir di majlis graduasinya itu adalah suaminya sendiri, Farid Kamil dan anak sulungnya Muhammad.

Menurut Diana lagi dia bakal memasuki perlumbaan kereta di Pulalu Pinang pada bulan hadapan.

"Hanya tinggal sebulan saja lagi untuk perlumbaan Vios Challenge saya di Batu Kawan, Pulau Pinang. Toyota Gazoo Racing Festival akan diadakan pada 11-13 August. Berdebar nak tunggu, boleh ke D menang? (Ececece...) #vioschallenge #GAZOORacingMalaysia #ToyotaMalaysia #AllAboutTheDrive"

Tahniah buat Diana, Astro Gempak doakan moga perlumbaannya nanti dipermudahkan.

Berikut merupakan foto-foto Diana dan keluarga di hari graduasi tersebut:

 

Advertisement

Must-Watch Video