Laman Utama

Tashah Manshahar Trauma Dengan Panggilan Telefon, Akui Kesihatan Mental Pernah Tak Stabil

Izwan Isa
05/10/2021
23:55 MYT
Penyanyi Tasha Manshahar mendedahkan bahawa pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu telah memberi kesan mendalam pada dirinya, baik dari segi fizikal, mental, emosi mahupun rohani.
Tasha atau nama sebenarnya, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 29, berkata, kesihatannya terjejas disebabkan dirinya yang kini berbadan dua, selain diuji dengan berita ahli keluarga serta ibu tercinta dijangkiti COVID-19.
“Saya kini sedang berbadan dua dan berjauhan dengan keluarga. Kemudian, ibu saya sendiri dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) disebabkan COVID-19 tahap 5. Pada waktu itu, ibu saya perlu melalui proses intubasi sebanyak dua kali.
“Fasa ini merupakan fasa yang sangat berat untuk diri saya. Ibu saya sangat kritikal ketika itu. Jangkitan pada paru-paru sangat teruk dan doktor tidak memberi sebarang jaminan.
“Pada waktu yang sama, saya risau dan tertanya, adakah saya boleh berpantang kali kedua seperti mana saya berpantang anak pertama dengan ibu saya?” tutur Tasha pada sebuah sesi siaran langsung Instagram yang diterbitkan baru-baru ini.
BACA: Bertarung Nyawa Sampai Terpaksa Dikomakan, Ibu Tashah Manshahar COVID-19 Stage 5 Survivor! - "Terima Kasih Allah"
Menerusi sesi tersebut, Tasha bersama tiga panel lain membincangkan tentang kesihatan mental di waktu pandemik.
Bagaimanapun, Tasha menarik nafas legas apabila keadaan ibunya beransur pulih dan dibenarkan pulang ke rumah selepas 23 hari mendapatkan rawatan di hospital.
“Tetapi, saya bersyukur kerana mempunyai sistem sokongan yang sangat kuat. Suami sentiasa membantu untuk sentiasa berfikiran positif, kawan-kawan dan juga pengikut di Instagram tidak putus memberi sokongan.
“Alhamdulillah berkat doa keluarga, rakan-rakan semua, ibu saya dibenarkan keluar selepas 23 hari mendapatkan rawatan,” katanya lagi.
BACA: "You're Finally Home, Ayah! Kita Tunggu Mummy Pulak Ya" - Bapa Tasha Manshahar Bebas COVID-19, Ibu Masih Di ICU
Sungguhpun episod duka telah lama berlalu, namun, Tasha akui yang dia sentiasa berdepan dengan rasa risau dan bimbang sewaktu dirinya diuji sewaktu pandemik.
“Akibat terlalu bimbang dan risau tentang apa yang sedang berlaku, saya sukar untuk mengawal emosi pada waktu itu. Saya kerap menangis tidak tentu masa dan pernah juga saya menangis semasa bersiaran langsung di Instagram. Panggilan telefon juga membuatkan saya trauma.
“Ramai orang mengalami situasi yang lebih mencabar daripada saya. Setiap orang mempunyai tahap ketahanan yang berbeza. Ada individu mengambil keputusan untuk membunuh diri, depresi dan dimasukkan ke hospital.
“There is no health without mental health. Kalau mental kita sihat, insya-Allah fizikal kita juga akan sihat tetapi kalau mental kita tak sihat, ia akan memberi kesan terhadap fizikal,” katanya panjang lebar.
Selain itu, Tasha juga memberi nasihat supaya menghentikan anggapan yang pesakit mental merupakan orang yang tidak siuman. Dalam masa yang sama, Tasha juga berpesan supaya memilih kaunselor yang tepat jika ingin mendapatkan rawatan.
Mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio Zayan, Raqib majid pada 8 September 2018, Tasha dikurniakan cahaya mata, Muammar Rafiqi yang kini berusia tiga tahun.
Tasha yang pernah popular suatu ketika dahulu bersama rakan duet, Syed Shamim kini bergelar guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Melaka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tersalah Diagnos Sebagai Autisme, Lelaki Alami Gangguan Kesihatan Mental Tikam Ibu 30 Kali

gempak
09/07/2024
13:45 MYT
Seorang lelaki berusia 23 tahun menikam sehingga mati ibunya dengan menggunakan pisau selepas mengalami masalah gangguan mental yang sebelum ini disahkan sebagai autism.
Hiburan

Elvina Pernah Alami Mental Breakdown Ketika Jaga Anak Sakit

gempak
07/07/2024
02:55 MYT
Sepanjang lima tahun menjadi seorang ibu, pelakon Datin Elvina Mohamad berkongsi detik-detik kepayahan yang pernah dihadapi semasa menjaga cahaya matanya.
Berita

Ramai Askar Israel Alami Masalah Mental

gempak
21/06/2024
05:55 MYT
Data Kementerian Hal Ehwal Tentera juga menunjukkan seramai 8,663 anggota turut cedera dalam Perang Gaza sejak 7 Oktober lalu.
Hollywood

Dakwa Diekori ‘Mata Hitam’, Pemain Watak Anakin Skywalker Ditahan Di Pusat Rawatan Mental

gempak
16/03/2024
06:45 MYT
Jake Lloyd pernah menjadi sangat popular selepas terbabit dengan francais karya fenomena Star Wars.
Hiburan

Mamat Exists Dihantar Ke Hospital Psikiatri, 10 Tahun Hidap Masalah Mental

gempak
23/01/2024
08:55 MYT
Vokalis kumpulan Exists, Mamat, 46, memberitahu perlu dihantar ke hospital psikiatri selepas berdepan dua pertuduhan berkaitan dadah.