Penyanyi Taylor Swift masih terkesan dengan kematian salah seorang peminatnya yang meninggal dunia akibat cuaca panas melampau sewaktu mahu menonton konsertnya di Rio de Janairo Brazil pada 17 November lalu.

Selain pernah mendendangkan lagu khas buat Benevides Machado dalam salah sebuah persembahan di konsert jelajah Eras Tour, Swift kini melahirkan takziah tanpa henti apabila membawa keluarga Machado hadir menyaksikan konsert hari terakhir Era Tour di Brazil.

Foto Swift bersama keluarga Machado yang memakai t shirt dengan gambar mendiang dirakam di belakang pentas konsert yang diadakan di Sao Paulo pada hujung minggu lalu telah membuat heboh media sosial, lapor CNN.

Terdahulu media antarabangsa melaporkan Machado pengsan di luar stadium sebelum disahkan meninggal dunia kerana cuaca panas melampau di Brazil.

BERITA TRENDING: Kenapa Wajah Taylor Swift Dilukis Pada Labu Gergasi? Ini Respons Tuan Empunya Karya

Malah ramai peminat penyanyi tersebut pengsan sebelum konsert ditunda.

Penyanyi berpengaruh itu kemudian muncul meneruskan konsert dan dilihat berada dalam keadaan kurang selesa termasuk seperti sukar bernafas kerana cuaca panas melampau.

PILIHAN PEMBACA: Pengawal Keselamatan Konsert Taylor Swift Dipecat Sebab Kemaruk Nak Selfie