Tempatan
Team Mugen R kumpul kenderaan talaan Mugen di Malaysia
Dalam dunia modifikasi Honda, sebenarnya agak banyak jenama-jenama popular yang ditawarkan untuk menghiasi jentera pengeluar daripada negara matahari terbit itu.
Bagi model Honda, boleh dikatakan terlalu banyak aksesori yang ditawarkan seperti J’S Racing, Spoon, Seeker dan Mugen.
Seperti aksesori jenama Mugen, ia adalah produk yang paling popular bagi jenama Honda. Dari setiap model, sudah pasti aksesori ini akan ditawarkan untuk produk Honda yang mana Mugen diasaskan oleh anak pengasas kenderaan itu iaitu Hirotoshi Honda.
Jika di Malaysia, jenama Mugen mempunyai pengaruh yang cukup kuat dalam dunia modifikasi tempatan dan ia boleh dilihat sempena Hari Keluarga Team Mugen R.
Program yang diadakan pada awal September lalu diadakah di Lanjut Beach Resort Rompin, Pahang, membabitkan 25 kenderaan yang berkonsepkan Mugen Type R.
Tujuan aktiviti itu diadakan untuk mengeratkan hubungan di kalangan pemilik Mugen Type R di negara ini. Aktiviti itu juga membolehkan setiap pemilik kenderaan bertukar pandangan masing-masing dengan memiliki minat yang sama.
Bagi menghasilkan sebuah kenderaan berkonsep Mugen, setiap pemilik kenderaan itu juga memerlukan kesabaran untuk mengumpul aksesori itu terutama bagi model Honda Civic FD2R. Ini berikutan ia agak sukar serta harga yang ditawarkan sangat mahal bagi pasaran di negara ini.
Di negara ini pula, barangan Mugen boleh didapati beberapa penjual membabitkan Automods, Type S Garaje dan Jebon. Namun, aksesori itu dijual secara terhad berikutan ia dibawa masuk dari Jepun.
Must-Watch Video