TEMPATAN
Tempoh menunggu Perodua Aruz lebih singkat, hanya satu sebulan sahaja
Perodua akhirnya berjaya mengurangkan masa menunggu bagi Aruz antara 1 dan 1.5 bulan bergantung kepada model berbanding kira-kira antara 2 serta 2.5 bulan sebelumnya.
Pengurangan tempoh menunggu itu selepas Perodua berusaha dengan meningkatkan dari segi pengeluaran.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua dapat memperbaiki proses pengeluarannya menyebabkan kerja penghantaran SUV itu bertambah baik.
"Kami akan terus menumpukan kepada kualiti dan penghantaran seperti mana keutamaan kami kepada pelanggan yang dihargai.
“Kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan berterusan yang diberikan sehingga Aruz menjadi SUV yang paling popular di Malaysia dan ini menjadi peristiwa penting buat kami," katanya.

Perodua menganggarkan pencapaian jualan Januari hingga Julai mencapai 140,900 unit untuk semua model, yang mana setanding dengan 140,900 unit dari tempoh yang sama tahun lalu. Aruz pula menjual 17,989 unit antara Januari dan Julai tahun ini.
Beliau berkata, Perodua akan mengekalkan sasaran jualannya sebanyak 235,000 unit menjelang akhir tahun ini, peningkatan sebanyak 3.4 peratus daripada 227,234 unit yang dijual pada 2018.
Pada 17 Julai lalu, Perodua mengumumkan peningkatan sasaran jualannya kepada 235,000 unit untuk 2019, iaitu bertambah 4,000 daripada sasarannya 231,000 yang diumumkan pada Januari lalu.
Jumlah sasaran pengeluaran untuk 2019 juga ditingkatkan kepada 249,000 unit, penambahan 2.9 peratus daripada sasaran sebelumnya iaitu sebanyak 242,000 unit.
Kedua-dua kilang pembuatan beroperasi pada kapasiti 97 peratus, yang mana Perodua mencatat stabil operasi pada tahap optimum; ini meningkat daripada angka tahun lepas sebanyak 96.2 peratus bagi PMSB dan 94.6 peratus bagi PGMSB. Sementara kecacatan per unit (DPU) di kedua-dua kilang mencatatkan penurunan yang stabil.
Must-Watch Video