Penyanyi, pelakon dan usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida mendedahkan ada pihak yang berniat tidak baik dan cuba menggodam akaun Instagramnya berkali-kali sejak semalam.

Kata Vida, dia kerap menerima kiriman mesej menyatakan akaun media sosialnya yang kini mencecah 2.3 juta pengikut cuba digodam.

"Tak habis-habis kacau binatang ni. Macam mana nak buat ye. Jangan terpengaruh!

"Hampir 10 mesej terima sehari. Macam-macam nombor datang lebih daripada 20.

"Ni nak hack tahap gaban ni.

"Saya hampir buka pautan nak masukkan kata kunci, berhati-hati terutama yang banyak pengikut," katanya.

JANGAN PANIC YE.. JANGAN TERUS MASUKKAN PASSEWORD IG YE.. . LEBOHHH WEYY.. SY HAMPIRR.. BUKA LINK. NAK MASSUKKAN PASSWORD.. AYOO.. BERHATI HATI.. TERUTAMA YG IG BYK FOLLOWERS.. . SAPER DAPAT MESEJ DARI INSTAGRAM GINI?. .. . SHARE SHARE..SHARE. Jangan sahabat kita jadi mangsa.. Mrk jual ye..IG . Sya tak berapa sihat.. Minum.Pamoga .. Lega sikitt.

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

TAK HABIS HABIS KACAU.. NATE NI.. . MACAM MANA NAK BUAT YE.. . JGN TERPENGARUH.. SAKITT ATI.. HAMPIR 10 MESEJ 1 HARI TERIMA. . NI NAK HACK TAAHAP GABAN NI. .. NAK BLOCK TAK BOLE..SEBAB BUKAN 1 NO JE MASUK.. BAGAI BAGAI NO DATANG..LEBIH DARI 20

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on


Difahamkan nombor-nombor terbabit bukan daripada syarikat telekomunikasi tempatan sebaliknya berpangkalan di luar negara antaranya Istanbul.

Vida turut mengingatkan orang ramai agar tidak panik dan terpedaya dengan kiriman mesej terbabit memandangkan sindiket menjual media sosial kini semakin berleluasa.

Dalam kiriman mesej terbabit, Vida didakwa telah melanggar hak cipta dan dikehendaki 'memulangkan' semula akaun Instagramnya.

Seandainya gagal berbuat sedemikian, akaun terbabit akan dibekukan dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Netizen beranggapan itu hanyalah taktik penggodam yang cuba mendapatkan akaun Instagram secara rawak dan menasihati Vida agar segera menyekat nombor-nombor terbabit.