Laman Utama
Terima Foto Berbaur Lucah, Riena Diana Tepis Individu Yang Suka Point Cara Wanita Berpakaian - "Kalau Lelaki Itu Jenis Gatal ..."
Pelakon Riena Diana, 24, akui tidak pernah menyangka akan mengalami nasib sama seperti rakan selebriti lain dengan menerima foto berbaur lucah daripada individu yang tidak dikenali.
Menurut Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal berkata individu terbabit mula meninggalkan mesej dan diikuti dengan menghantar foto yang menampakkan bahagian paha di dalam tab mandi.
"Sebelum ini, saya selalu dengar selebriti lain terima mesej macam itu. Tapi saya abaikan saja sebab saya tak pernah kena pun. Tak sangka pula, kali ini saya pula terkena buat kali pertama.
"Mula-mula dia mesej saya tak layan.. Selepas itu, dia hantar pula gambar sebegitu. Bila saya tengok gambar yang diberikan dan ia sebenarnya gambar kaki dia.
"Memang saya takut dan terkejut sebab ingatkan dia ambil gambar kemaluan. Nasib tak ada..
"Dekat 'profile' dia siap tulis 'thank you Allah' tapi berperangai buruk macam itu. Bagi saya sangat keji dan memalukan," katanya kepada Gempak.
Tambah pelakon drama Kampung People 2, dia menepis tanggapan segelintir pihak yang mendakwa perbuatan itu berpunca daripada wanita yang berpakaian seksi.
Tegasnya, sekarang ini sudah banyak kes wanita muslimah yang diganggu dengan lelaki berfikiran kotor.
"Kalau nak cakap saya seksi sebab itulah terima gambar tak senonoh.. Saya rasa itu 'general'.
"Kalau lelaki itu jenis gatal, perempuan pakai tudung pun boleh jadi. Dah banyak kes yang berlaku kat luar sana," kata Riena.
Dalam pada itu, pengacara program Gempak TV menyatakan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya makin melampau.
"Saya tak akan teragak-agak untuk ambil tindakan terhadap individu yang tidak bermoral itu. Saya nak hentikan semua ini sebelum berlanjutan.
"Kesian, dah ramai wanita yang alami nasib sama seperti saya tetapi memilih untuk mendiamkan diri sebab malu," katanya lagi.
Sebelum ini menerusi Instagram Stories, Riena ada memuat naik dua posting meluahkan rasa marah terhadap lelaki yang menggunakan nama Nigel Najid.
"Kat bio (profile) tu elok dah ingat Allah. Tapi bila DM, berbeza betul ek? Orang macam ini jangan dibiarkan.
"Sorok di sebalik akaun palsu dan kalau dibiarkan lama-lama gambar mengarut lagi dia hantar. Keji la!!" tulisnya.
Must-Watch Video