Pelakon Memey Suhaiza tidak menyangka sambutan hari jadi anaknya, Mikayla Delisha yang pada mulanya hanya mahu diadakan secara kecil-kecillan itu akhirnya disambut meriah.

Menurut Memey apa yang lebih menggembirakannya lagi ia diasambut bersama seluruh ahli keluarga termasuk kehadiran Abby Abadi dan suami.

“My everything!Terima kasih semua yang datang.1st time saya buat majlis bahagian dalam rumah.

“Kecil-kecilan saja dengan kesayangan mummy. Alhamdulillah, sikit-sikit nampak meriah juga..

“Terima kasih mama Abby dana bah Faizal yang bawa banyak hadiah untuk Mikayla.

“Terima kasih juga untuk semua kesayangan mummy yang datang bawa sejuta rahmat dan rezeki buat kami sekeluarga. Maaf jika terkurang atau terlebih,” katanya.

Memey berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Foto serta video sekitar sambutan hari jadi yang diadakan semalam itu turut dikongsikan di laman sosialnya itu.

Bertemakan warna merah jambu dekorasi meja keknya penuh dengan hiasan belon-belon.

Berikut video dan foto sepanjang kemeriahan sambutan hari jadi itu:

Tq semua yg dtg.. 1st time mummy buat majlis bhgn dlm rumah hehe.. Kecik2 jer dgn kesayangan mummy.. Alhamdulillah..sikit2 nampak meriah juga.. Tq mama @abby_abadi112 abah @jaiezzany Bawa byk hadiah utk @mikayladelishahakim hehe?? Tq juga utk semua kesayangan mummy yg datang bawa sejuta rahmat & rezeki buat kami sekeluarga❤️ maaf terkurang terlebih ??❤️ . . Cake cantik sedap mcm biasa.. tetap tempah kat @farhan.audi_ ?

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Harta yg paling berharga..... Keluarga ❤️ Alhamdulillah... Ada byk gambar menyusul.. Layan je k ???? Mummy masukkan utk kenangan.. #mikaylamdhturns2 . . Yang diraikan @mikayladelishahakim ❤️ . . Happy birthday sayang❤️ رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ Maksudnya, “Wahai Tuhanku kurniakanlah untukku anak-anak yang soleh.” (Surah Al-Shaffat : 100) #mikaylamdhturns2 . . Ps: tq pada semua yg doakan anak bertuah mummy ni❤️

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Love u all kesayangan2 mummy semua ni❤️ Tq mummy hargai sgt ?? Birthday girl @mikayladelishahakim happy ? . . Slmt mlm semua.. sambung esok.., Mummy nak pengsan dah ni?? Assalammualaikum.. Semoga hari esok hari yg baik utk kita semua.. #mikaylamdhturns2

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Norman mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada tahun 2011. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim.

Norman terdahulu pernah berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, Norman dan Abby dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.