LAMAN UTAMA
“Terima Kasih Atas Doa Semua”- Intan Ladyana Ucap Syukur Dapat Pulang Ke Rumah
Pelakon, Intan Ladyana mengucapkan rasa syukur apabila dibenarkan pulang ke rumah selepas dimasukkan ke Hospital Sg Buloh akibat dijangkiti COVID-19.
Intan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya memaklumkan perkara itu dan memohon maaf kerana tidak dapat membalas kesemua doa serta ucapan yang diberikan kepadanya.
“Assalamualaikum… Alhamdulillah saya sudah pulang. Kini baru pulih, untuk beberapa hari lagi. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas semua doa dan ucapan selamat. Maaf saya tidak dapat membalas setiap ucapan secara individu.
“Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, kebahagaiaan hidup dan jauh dari segala malapetaka dan bencana. Amin,” coretnya.
Hantaran itu juga disertakan dengan foto Intan sedang tersenyum sambil memandang kamera bersama suaminya, Harris Alif yang berada di sisi.
Sebelum ini, Intan telah dikejarkan ke hospital kira-kira jam 11 malam pada pertengahan bulan lalu.
Intan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh kerana sedang hamil tujuh bulan manakala Harris hanya perlu menjalani kuarantin di rumah.
Must-Watch Video