Berita
"Terima Kasih Kerana Mencintai Kekurangan & Kelebihan Ku" - Ini Ucapan 'Sweet' Fasha Sandha Buat Aidil Aziz Sempena Ulang Tahun Kelahiran
Pelakon Fasha Sandha mengakui bersyukur apabila dikurniakan seorang suami yang boleh menerima kekurangan dan kelebihan yang ada pada dirinya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fasha telah memuat naik foto bersama suaminya, Aidil Aziz berserta ucapan ulang tahun kelahiran.
"26 Julai. Happy Birthday Encik Suami Sayang.
"Semoga diberikan kesihatan yang baik, bahagia dan dimurahkan rezeki selalu, Terima kasih kerana mencintai kekurangan dan kelebihan ku. I love you," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran Aidil serta mendoakan kebahagiaan Fasha dan suaminya.
"@zarinazainuddin_: Happy birthday Aidil, semoga Aidil dan girl sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah selalu, Amin."
"@aislingrecruits: Happy Birthday to your husband and we wish for your family happiness and good health."
"@asmahmorshidi_arfian: Alhamdulillah. Semoga bahagia till Jannah. Terpancar kebahagian Fasha Sandha dan famili. I’m happy for you."
"@maryk_miraaa: Semoga keluarga kakak diberi kesihatan yang baik serta kebahagiaan dunia & akhirat."
"@mamyforver: Happy Birthday to @itsaidilaziz. Semoga panjang umur dimurahkan rezeki berbahagia sentiasa bersama family tersayang. Semoga berkekalan bersama @fashasandha hingga ke akhir hayat."
Fasha selamat bergelar isteri kepada Aidil dengan sekali lafaz pada 30 Mac 2019 di kampung halaman aktres terbabit di Perlis.
Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.
Must-Watch Video