Laman Utama

“Terima Kasih Sebab Masih Ambil Berat…” Bella Astillah Jawab Komen Peminat Bila Nak Bertudung, Tutup Aurat

Izwan Isa
10/11/2021
02:50 MYT
Melihat hantaran-hantaran yang ada pada platform media sosial penyanyi dan juga pelakon Bella Astillah, pasti ramai dapat melihat kelincahan Bella menari dan menyanyi, khususnya untuk kandungan TikTok serta Instagram.
Sungguhpun terlihat normal, namun, rutin isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu kadang-kala menimbulkan respons yang pelbagai daripada pengikutnya. Selain menerima pujian, Bella juga sering menerima komen dalam kalangan peminat yang memintanya untuk menutup aurat.
Sentiasa menerima krtikan dan cadangan secara positif, Bella berkata, dia mengucapkan terima kasih atas teguran yang diberikan oleh peminat mengenai penampilannya.
Ujar Bella, dia berharap agar peminat sentiasa mendoakannya supaya dia berubah ke arah yang lebih baik.
BACA: "Kalau Boleh Bella Tutuplah Aurat" - Netizen Mohon Bella Astillah Tutup Aurat, Puji Nampak Cantik Kalau Bertudung
“Saya faham, ramai yang concern dan ambil berat. Terima kasih banyak-banyak, saya sangat hargai respons yang diberikan. Cuma apa yang saya boleh katakan adalah doakanlah saya.
“Kalau tanya saya sendiri, siapa yang tak nak (menuju ke arah kebaikan)? Cuma ada perkara yang perlu saya buat… jadi insya-Allah doakanlah saya,” katanya kepada Gempak.
Selain itu, Bella turut mengulas mengenai kegemarannya memuat naik video-video tarian yang di media sosial.
“Sebenarnya, saya memang menari sejak zaman sekolah. Ia bukanlah satu perkara baharu. Suami saya sendiri mengenali saya sebagai seorang penari. Selalunya, kalau menari tu, saya terlibat dengan kempen dan juga melunaskan kerja untuk pelanggan (client). Selain itu, saya juga menari atas dasar hobi.
“Jika bercakap tentang komen-komen negatif yang saya terima menerusi video tarian yang saya muat naik, saya hanya ignore,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Bella memberitahu yang dia sedang dalam proses untuk menyiapkan single baharu. Namun, dia tidak mahu terburu-buru untuk memasarkan single berkenaan kerana menginginkan hasil yang terbaik.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Suami Didakwa Curang? Puteri Dubai Umum Cerai Menerusi Hantaran Instagram – “I Divorce You..”

gempak
19/07/2024
12:55 MYT
Anak Perdana Menteri UEA dan penguasa Dubai, Mohammed Rashid Al Maktoum, Puteri Sheikha Mahra bertindak menceraikan suaminya Sheikh Mana Al Maktoum menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram miliknya pada Rabu.
Hiburan

Terima Mesej Berbaur L*cah, Ini Respons Ain Edruce: “Saya Tak Pernah Pakai Baju Jarang”

gempak
19/07/2024
02:55 MYT
Pelakon Ain Edruce meluahkan rasa berang apabila menerima mesej berbaur lucah daripada netizen yang tidak dikenali menerusi Instagram baru-baru ini.
Hiburan

Netizen Dah Rimas! Mohon Ibu Aliff Aziz Berhenti Main Laman Sosial, Ini Respons Tuan Badan - “Meh Kalau Kurang Kasih Sayang, Kami Sayangkan Ok”

gempak
19/07/2024
01:55 MYT
Kerap menerima komen negatif, sekali lagi ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi luahan kemarahan daripada netizen di Instastory miliknya.
Hiburan

Semua Sangka Shahir Kembali Menyepi, Hakikatnya Instagram Kena Godam! Lenyap Sebab Tak Bayar RM2,000 - "Habis Kenangan Saya"

gempak
18/07/2024
09:25 MYT
Juara Akademi Fantasia 8 (AF8), mengakui sepi dari media sosial disebabkan akaun Instagram rasminya telah digodam individu tidak bertanggungjawab.
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Cucu Perempuan, Harap Terima Hadiah Yang Ditinggalkan - “Kami Tetap Tidak Akan Berhenti Cuba Untuk…”

gempak
18/07/2024
03:25 MYT
Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza menitipkan ucapan selamat hari lahir kepada cucu perempuannya iaitu Ara Adreanna yang berusia empat tahun pada 18 Julai, Khamis.