Berita

"Terima Kasih Sharifah Sakinah, Zara Zya, Mawar Rashid & Michael Ang Kerana....." - Janna Nick

gempak
Rozaimi Zubaidi
05/10/2018
00:50 MYT
Sponsor Banner
"Terima Kasih Sharifah Sakinah, Zara Zya, Mawar Rashid & Michael Ang Kerana....." - Janna Nick
Pelakon dan penyanyi Janna Nick kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakan selebriti iaitu Sharifah Sakinah, Zara Zya, Mawar Rashid dan Michael Ang kerana membantu untuk menularkan #WishServiceByJannaNick di akaun Instagram masing-masing.
Menurut Janna, dia tidak kisah jika ada juga rakan artis yang mengkritik tindakkannya itu kerana mungkin mereka tidak tahu tujuan asal dirinya lakukan video tersebut.
"Biarlah kalau ada rakan artis yang komen dan kritik mengenai tindakan saya.
"Kalau saya di tempat mereka pun mungkin saya akan fikir perkara sama malah ada yang lagi teruk.
"Saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Sakinah, Zara, Mawar dan Michael kerana tolong tularkan perkara ini.
"Sebenarnya mereka ini sudah tahu dari awal lagi apa yang saya ingin lakukan dan disebabkan itu mereka membantu menghangatkan lagi video #WishServiceByJannaNick," katanya kepada Gempak.
Janna berkata demikian ketika ditemui pada majlis pemberian sumbangan dan dana bagi tabung WFTH di Rumah Kasih Nurul Hasanah, di Ampang pada Rabu.
Sebelum ini, Janna terus diserang netizen selepas kecoh isu dia mengenakan RM50 bagi rakaman ucapan ulang tahun kelahiran mana-mana individu yang berhajat menggunakan khidmatnya.
Malah, posting terbaharu yang dimuat naik aktres tersebut di laman Instagram turut dihujani dengan komen yang kurang senang dengan cara perniagaan itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live