Berita
"Terima Kasih Sudi Terima Saya, Anak-Anak & ...." - Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-4, Ini Permintaan Abby Abadi Buat Suami
Pelakon Gerak Khas dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi dan suaminya, Faizal Zakaria telah menyambut ulang tahun perkahwinan keempat mereka semalam.
Menerusi entri di Instagram, Abby berkongsi ucapan dan permintaannya kepada suami sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
"Perkahwinan itu ibadah. Ibadah dalam ISLAM membawa maksud yang terlalu luas kerana Islam memandang setiap amalan yang dilakukan oleh setiap umatnya dengan tujuan ikhlas untuk mendapat redha Allah akan mendapat ganjaran pahala.
"Setiap sesuap nasi yang diberikan suami kepada isterinya dengan ikhlas akan mendapat ganjaran pahala dan keredhaan dari ALLAH SWT.
“Nafkah apa pun yang engkau berikan dengan harapan memperolehi keredhaan ALLAH, pasti engkau akan mendapat pahalanya, bahkan apa sahaja yang engkau suapkan ke mulut isterimu
"14/7/2015-14/7/2019. Happy 4th Anniversary buat kami. Suami I lebiuuuuu @jaiezzany. Terima Kasih sudi terima saya, anak-anak & keluarga saya seadanya.
"Sorry saya terlupa date ni, suami yang ingatkan semalam. Dia tanya nak hadiah apa anniversary kita? Hehe.
"Tak ada apa sayang, saya nanti nak naik kapal Star Cruise je. Tahun ni tak dapat, tahun depan ada lagi. Tak kira. Nak naik juga. haha." tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan serta mendoakan kebahagiaan Abby dan suaminya.
Untuk rekod Abby telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Faizal Zakaria dan mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Abby kini sedang hamil anak pertama hasil perkahwinannya ini, namun dia masih belum mendedahkan usia sebenar kandungannya kepada umum.
Sebelum ini, Abby pernah berkahwin dengan pelakon, Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Must-Watch Video