Viral

Terima Mesej Santau, Nourul Depp Ajak Pengirim Bersemuka - "Datang Jumpa, Kami Takkan Dedah... Kami Nak Bantu"

gempak
Amri Hassan
19/11/2020
08:20 MYT
Sponsor Banner
Terima Mesej Santau, Nourul Depp Ajak Pengirim Bersemuka - "Datang Jumpa, Kami Takkan Dedah... Kami Nak Bantu"
Penyanyi Nourul Depp mengajak individu yang telah menghantarkan mesej santau menerusi kiriman mesej langsung (DM) di Instagram baru-baru ini untuk bersemuka dengannya.
Biarpun takut, kata Nourul dia percaya individu terbabit punyai masalah tersendiri sama ada daripada segi psikologi atau rohani.
"Baru-baru ini kecoh orang DM nak santau, bukan hanya saya tapi ada juga beberapa orang artis lain. Saya terkejut dan sedih... Apa salah saya pada orang?
"Maafkan saya kalau tak gembira dengan saya... tapi janganlah ugut saya. Ramai tanya dan risau soal saya kena ugut itu. Andai yang hantar mesej itu hanya prank, saya maafkan.
"Tapi saya percaya orang yang menghantar mesej ini sama ada punyai masalah mental atau masalah lain dan mungkin sedang dalam keadaan sedih. Dia mungkin perlukan perhatian dengan cara mereka sesuatu seperti ini.
"Jadi, saya rasa kasihan dan rasa nak bantu daripada segi mental, hati atau apa juga yang boleh dibantu. Kalau kata tak gembira atau marah, beritahu dan datang jumpa saya.
"Saya takkan dedahkan sesiapa walaupun takut nanti dia santau saya," katanya menerusi sepotong rakaman video yang dimuatnaik di Instagramnya pada Rabu.
Baru-baru ini, Nourul terkejut apabila turut menerima mesej langsung dari pengirim tidak dikenali yang mengugutnya untuk menghantar santau.
BACA: "Saya Tak Aniaya Orang" - Nourul Depp Dedah Terima Mesej Orang Nak Santau
Tambah Nourul, dia percaya perbuatan santau masih wujud dalam masyarakat kini dan biarpun diminta peminatnya untuk membuat laporan polis, pelantun lagu Kerana Terluka itu ada pendiriannya sendiri.
"Saya tak kata benda ini (santau) tidak wujud, sama ada orang itu percaya atau amalkan atau tidak. Tiada orang sempurna dan memang ada manusia yang suka menguji tapi tak boleh buat apa-apa sebab Tuhan itu ada.
"Kalau betul ada orang sakitkan hati kita, kita balas dengan doa dan ucapan baik-baik.
"Ada yang minta saya buat laporan polis, tapi insya-Allah saya rasa tiada apa-apa kot. Dia nak buat apa?
"Pesan saya jangan main-main di media sosial, kalau kita ugut orang polis boleh sampai depan pintu rumah kita. Jadi gunakan sosial media sebaik mungkin," tambahnya.
Nasihat Nourul lagi agar individu terbabit sedar dan menggunakan kemudahan teknologi ke arah perkara yang baik-baik.
"Kita sama-sama doakan agar kita semua dillindungi. Tak kisahlah tujuan dia untuk main-main atau prank, semoga dia dapat petunjuk dan diberikan kesenangan serta kasih sayang dalam hidup.
"Semoga Tuhan jaga dia," kata Nourul lagi.
Sebelum ini, pelakon Syafie Naswip dan Noorkhiriah antara selebriti yang menerima mesej berbaur ugutan di media sosial masing-masing.
BACA: "Apa Salah Akak?" - Noorkhiriah Terkejut Ada Pengguna IG Mesej Ugut Nak Santau​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live