Pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa rindu terhadap anak-anak yang kini terpaksa berjauhan seketika dengannya memandangkan dirinya kini sedang dalam tempoh kuarantin selepas pulang dari luar negara.

Menurut Fatin, 26, dia bertindak mengasingkan diri sebagai langkah berjaga-jaga biarpun tidak mempunyai sebarang gejala.

"Saya rindukan dua anak ini yang selalu memeningkan saya dengan kerenah mereka. Saya kini sudah hari kesepuluh melakukan kuarantin diri, sendirian. Jauh daripada keluarga.

"Walaupun saya tidak mempunyai sebarang simptom selepas pulang daripada work trip, saya perlu kuarantin sebagai mengambil langkah berjaga-jaga," luahnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

I miss the headache this 2 little monsters gave me ? Im on day 10th of self-quarantine, alone. Away from my family. Though i had no symptoms, after my work trip, i had to do it, for extra precautions. We do facetime everyday. Both are at mom’s place, safe and sound. Thank you mama, thank you @fatinafeqah for taking care of them. Alright, Im gonna have a mental breakdown. bye for now ??

A post shared by A F E E F A (@fatinafeefa) on


Katanya lagi, bagi melepaskan kerinduan, dia akan membuat panggilan video setiap hari dengan anak-anaknya.

"Kami akan Facetime setiap hari. Kedua-duanya sekarang tinggal di rumah ibu saya, selamat dan terjaga. Terima kasih mama, terima kasih @fatinafeqah kerana menjaga mereka," ujarnya.

Difahamkan, sebelum ini, Fatin terpaksa berada di Brazil untuk urusan kerja.

Fatin merupakan ibu tunggal yang mempunyai dua cahaya mata, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

Ia merupakan anak hasil perkahwinannya dengan pelakon Adam Shahz pada Disember 2013 sebelum berpisah pada Mei 2017.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumag serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Pada masa sama, jangan lupa saksikan drama lakonan Fatin Afeefa di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.