Laman Utama

Tersalah Ikut Petua Netizen Untuk Turunkan Kuning Baby, Isteri Tajul Hampir Kena Bentan - "Masa Minum Air Tin Sengkuang Cina Okey Ja"

gempak
Zulaikha Yusof
19/05/2021
05:36 MYT
Sponsor Banner
Tersalah Ikut Petua Netizen Untuk Turunkan Kuning Baby, Isteri Tajul Hampir Kena Bentan - "Masa Minum Air Tin Sengkuang Cina Okey Ja"
Isteri kepada penyanyi Tajul iaitu Nurul Shamieza Eddie berkongsi detik cemas apabila dirinya mengalami demam panas pada malam Isnin.
Menurut Shamieza, dia tiba tiba jatuh sakit disebabkan mengikut petua daripada netizen bagi mengurangkan penyakit kuning anak keduanya yang dilahirkan pada 6 Mei lalu.
BACA: Kepala Terkehel Ditarik Isteri Masa Bersalin, Tajul Seronok Dapat Anak Lelaki
"Nak tahu tak semalam Icaa (panggilan untuk Shamieza) demam panas, sejuk sampai ke tulang dan hampir bentan sebab ikut salah satu tips orang ni.
"Sejak semalam memang ramai gila bagi tips turunkan kuning baby tetapi saya pilih untuk cuba dia punya petua.
"Ya ini dia hahahaha air tin sengkuang cina, Ica suruh suami beli kat 7E, masa minum tu okey ja.
"Lepas balik dah rasa lain macam, macam nak pitam ja kepala. Pukul 9 atau 10 malam mula sejuk gila badan bukan macam demam biasa ya.
"Lagi extreme pakai la berlapis-lapis selimut ka apa, sejuk tu tetap tembus," kongsinya di Instagram Stories.
Tambah isteri kepada pelantun lagu Sedalam Dalam Rindu, Tajul mengikut petua dengan kepalkan nasi putih bersama bawang putih yang telah dibakar.
"Cuak ya laki (suami) aku hahaha lepastu dia dapat petua untuk redakan demam tu, bakar bawang putih dan kepalkan dengan nasi putih.
"Rasa dia memang tak sedap tapi lepas makan terus badan rasa panas dan lebih baik sikit. Kemudian, suami suruh mandi basah kepala baru okey, tapi seksa ya kena mandi masa demam, sejuk," tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Shamieza akui berasa insaf dan tidak akan lagi mencuba petua yang tidak pasti keberkesanannya.
"Terima kasih suami jaga saya semalam, bila demam auto jadi baby. Ica jarang gila demam, setahun sekali pun payah, tapi apakan daya haha itulah cuba lagi petua pelik-pelik.
"Tak nak dah cuba apa-apa lagi. Setiap antibodi orang lain-lain, mungkin dia sesuai minum air tin sengkuang cina tu untuk turunkan kuning anak dia dan Ica tak sesuai," tulis Shamieza.
Tajul berkahwin dengan Shamieza pada tiga tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live