Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat, 29, mendedahkan menerima kiriman mesej daripada pengikut yang berani meluahkan hasrat untuk menjadi isteri kedua suaminya, Nabil Mahir, 33.

Menerusi Instagram Stories, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, memuat naik paparan skrin perbualan dengan individu yang mengatakan Nabil memenuhi ciri-ciri keinginannya.

"Nak jadi madu Ayda boleh tak? Sebab nak cari lelaki macam ini tapi tak jumpa-jumpa lagi," tulis individu yang tidak diketahui identiti dirinya.



Sementara itu, pelantun lagu Parah Parah ini membalas dengan menolak permintaan individu tersebut.

Katanya, dia mendoakan agar individu berkenaan akan bertemu dengan jodoh yang terbaik apabila tiba masanya.

"Salam. Hahaha! Awak ni comel la. Jadi madu tak boleh la. Saya cubit awak kang. Nakal eh.

"Saya doakan awak dapat jodoh yang lebih baik, sempurna dan terbaik untuk awak.

"Insya-Allah. Istikharah! Semoga berjaya sis," balas Ayda.

Terdahulu, Ayda dan Nabil selamat diijabkabulkan dalam satu majlis sederhana pada 1 Januari lalu.

BACA: Ayda Jebat & Nabil Mahir Tak Rancang Soal Anak, "Kalau Boleh, Saya Nak 13 Orang ..."