Solat adalah ibadat yang menduduki tempat tertinggi dalam Islam. Seandainya seseorang Muslim itu taat mendirikan solat fardu sebanyak lima kali dalam sehari, bermakna dia seolah-olah menegakkan agamanya.

Berikutlah yang boleh dipelajari menerusi entri menyentuh hati oleh sebuah akaun di Platform X yang memaparkan seorang lelaki menjalankan ibadah solat walaupun mempunyai kekurangan dari segi fizikal (OKU).

BERITA TRENDING: Bentang Tikar, Iftar Ramai-Ramai Atas Jalan Raya, Netizen Risaukan Keselamatan Sekumpulan Individu Ini -…

Bukan itu sahaja, apa yang lebih mengagumkan adalah apabila lelaki tersebut kuat dan mampu berdiri menyempurnakan rukun Islam kedua itu bersama jemaah-jemaah lain.

“Apa lagi alasan kita untuk terus-terusan meninggalkan solat. Syurga lah tempatnya,” tulis akaun berkenaan di ruangan kapsyen.


Perkongsian tular berkenaan mendapat perhatian netizen di mana rata-ratanya mengambil pengajaran dan iktibar untuk memperbaiki diri sebagai seorang muslim.

“Buat kalian yang masih malas-malas solat, lihatlah lelaki ini, sangat luar biasa,”

“Anggota badan pak cik ni akan jadi saksi di akhirat nanti,”

“Tadi solat sebelah lelaki ni, tersentuh terus kita, yang cukup sifat ni pun majoriti malas nak pergi masjid, dia macam tu pun masih mampu lagi,”

“SubhanaAllah.”

Setakat artikel ini ditulis, posting itu meraih lebih 100,000 tontonan dan hampir 6,000 tanda suka di Platform X.

Sumber: Platform X