,
The Hardest Singing Show

THSS: Bawa ‘Cinta Hati’ Atas Pentas, Aepul Roza Raih Markah Tertinggi 90.83%! Jom Semak Markah Penuh Semua Peserta

Umirah Halim
10/06/2024
02:57 MYT
Penyanyi, Aepul Roza dinobatkan sebagai bintang yang menduduki tangga pertama di minggu kelima menerusi pertandingan The Hardest Singing Show (THSS).
Aepul tampil memukau penonton dengan persembahan yang menceritakan kisah disebalik perjalanannya dalam membina bahtera rumah tangga.
Persembahannya turut dilengkapi dengan penampilan istimewa isterinya iaitu Leez Rosli pada akhir persembahan.

Aepul raih 90.83%

Dengan tema Ilusi LED, minggu ini telah menyaksikan Aepul Roza menerusi lagu nyanyian asal, Virguon iaitu Surat Cinta Untuk Starla berjaya mengungguli kesemua tujuh bintang lain dengan markah 90.83% sekaligus membawa pulang RM2,000 untuk Anugerah The Hardest of Night.

Manakala, tempat kedua Stacy hanya mendapat (84.97) markah keseluruhan manakala Putera Muhammad (83.21) dan De Fam (81.75).

Sementara itu, persembahan memukau daripada Stacy dengan lagu Pagi Yang Gelap (Hujan) sekali lagi telah menjadi pilihan Datuk Alha Alfa dan meraih undian yang banyak daripada penonton sekaligus mendapat Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa untuk minggu kedua dan telah membawa pulang RM3,000.
Jom kita semak markah penuh peserta untuk konsert minggu keempat The Hardest Singing Show;
Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Diberi Gelaran Peserta ‘Underdog’, Aepul Roza; "Saya Tak Anggap Negatif Tapi Itu Satu ..."

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Edry Kata Perfect 10! Aepul Roza Rampas Takhta Tangga Pertama, Ini Senarai Markah Penuh Minggu Kedua

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Dedikasi Persembahan Solidariti Untuk Faisal Halim, Aepul Roza Terima Komen Positif Daripada Edry

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Selalu Buat Aksi Stunt Ganas, Ayda Jebat Sudah Terima Nasihat Doktor

​ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza Akui Tumpang Populariti Kontroversi Rumah Tangga Sedang ‘Panas’ - “Kebanyakan Karya Saya…”

Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000
beserta trofi sumbangan Astro.
* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.
* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Suami Isteri Ditahan, Dipercayai Dera Anak Berusia 3 Tahun

gempak
26/09/2024
03:25 MYT
Pasangan suami isteri warga tempatan ditahan selepas dipercayai mendera anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun sehingga dimasukkan ke hospital. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pasangan berusia 20-an itu ditahan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) dekat sini jam 1.50 pagi Rabu.
Berita

Hidup ‘Papa Kedana’, Lelaki Dengan Pendapatan RM13 Sehari Miliki Dua Isteri

gempak
22/09/2024
23:55 MYT
Seorang peniaga makanan bergoreng yang hidup miskin mempunyai dua orang isteri dan tinggal di sebuah rumah daif di wilayah Jawa Timur.
Hiburan

Noh Salleh Dedah Bayi Meninggal Dunia Dalam Kandungan Isteri 7 Bulan Lepas - "Kami Namakan Anak Kami Julian"

gempak
22/09/2024
10:55 MYT
Penyanyi Noh Salleh berkongsi berita duka apabila cahaya matanya bersama isteri, Fatin Athirah Mustapa meninggal dunia tujuh bulan lalu.
Hiburan

“Kenapa Nak Kena Tanggung Biawak Hidup?” - Madammu Nasihat Isteri Jangan 'Back Up' Suami Pemalas

gempak
22/09/2024
07:55 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Madammu menasihatkan kaum wanita dan para isteri supaya tidak menanggung suami yang pemalas.
Hiburan

Puteri Bongsu Kini Berusia 3 Bulan, Fizi Ali Akui Seronok Besarkan Tiga Cahaya Mata – “Kalau Ameena Balik, Dia Akan Excited…”

gempak
22/09/2024
06:55 MYT
Penyampai radio, Fizi Ali mengakui teruja dalam membesarkan anak ketiga yang baru lahir Julai lalu.
BorakSeeni