The Hardest Singing Show

THSS: Pertama Kali Tercorot & Hampir Tersingkir, Aisha Retno Menangis Kecewakan Peminat - "Memang Tak Seronok Diumumkan ..."

gempak
Umirah Halim
01/07/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
THSS: Pertama Kali Tercorot & Hampir Tersingkir, Aisha Retno Menangis Kecewakan Peminat - "Memang Tak Seronok Diumumkan ..."
Penyanyi, Aisha Retno mengugurkan air matanya setelah diumumkan hampir tersingkir di konsert The Hardest Singing Show minggu ke-8 malam tadi.

Aisha kecewa dapat kedudukan tercorot

Aisha atau pemilik nama sebenar Sharifah Aisha Reto Sayed Sipulijam meluahkan rasa kecewanya kerana ini merupakan kali pertama dia pernah berada di kedudukan tercorot sepanjang bertanding selama 8 minggu di THSS.
Aisha yang membawakan lagu Who Run The World nyanyian asal Beyonce turut membuat permohonan maaf kepada peminat sekiranya persembahannya itu telah mengecewakan mereka.

"Saya sedih sebab tengok semua peserta, produksi semua dah macam keluarga dan paling saya sedih saya kecewakan ibu saya.

"Kalau betul persembahan saya kurang baik saya minta maaf kepada peminat saya sebab ini merupakan kali pertama saya merasa jadi kedudukan tercorot di pertandingan rasa dia memang tak seronok sebab tiba-tiba diumumkan tersingkir.
"Sebab sepanjang 8 minggu saya berada di sini saya tidak pernah merasakan tercorot dan tersingkir. Saya akan cuba buat yang lebih terbaik lah," katanya ketika ditemui Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Penangan Sheesh & Persembahan Out Of The Box, Aisha Retno Raih Mata Tertinggi 94.55%! Ini Senarai Markah Penuh

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Persembahan Ayda Jebat Over The Top, Suara Aisha Retno Unik, Ini Recap Minggu Pertama THSS

Sementara itu, penyanyi berusia 24 tahun itu turut memaklumkan bahawa dia tidak akan mensia-siakan peluang kedua yang telah diberikan dan berharap agar dapat menebus semula persembahannya pada minggu separuh akhir kelak.
"Apabila diumumkan semua peserta level up satu minggu (LUSM), saya happy tapi bila tengok markah saya paling tercorot lagi jadi saya kena terima realiti itu dan kena buat yang terbaik lagi.
"Peluang yang telah diberikan oleh produksi dan juri saya akan cuba buat yang terbaik jangan anggap main-main sebab ada sikit lagi ada garisan penamat," tambahnya lagi.
Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Selalu Buat Aksi Stunt Ganas, Ayda Jebat Sudah Terima Nasihat Doktor

​ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza Akui Tumpang Populariti Kontroversi Rumah Tangga Sedang ‘Panas’ - “Kebanyakan Karya Saya…”

Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000
beserta trofi sumbangan Astro.
* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.
* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024