Setiap orang menginginkan peluang pekerjaan yang menepati dengan kelayakan, selain tawaran gaji dan faedah-faedah lain yang memberikan nilai tambah terhadap perjalanan karier.

Namun, lain pula dengan satu isu iklan mencari seorang pemandu yang tular di platform X baru-baru ini.

Menerusi iklan tersebut, difahamkan bakal majikan hanya membayar gaji secara tunai, selain tidak mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).



Selain itu, terdapat juga netizen yang berkongsi bahawa sebarang pekerjaan yang tidak melibatkan caruman KWSP adalah tidak dibenarkan.





Begitupun, menurut tuan empunya hantaran, difahamkan yang dia hanya menjadi orang tengah dan menyampaikan peluang kerja kosong itu untuk dihebahkan di platform X.

BERITA TRENDING: Presiden Filipina Disifatkan Hina Rakyat, Guna Helikopter Kerajaan Elak Jalan Sesak Demi Tonton…