Laman Utama

"Tiada Parents Tak Diuji Allah" - Azhar Sulaiman Mahu Bantu Norman, Abby!

gempak
Izwan Isa
09/09/2023
03:50 MYT
Sponsor Banner
"Tiada Parents Tak Diuji Allah" - Azhar Sulaiman Mahu Bantu Norman, Abby!
Pelakon Azhar Sulaiman berpesan kepada Norman Hakim dan Abby Abadi untuk menghubunginya jika mereka memerlukan bantuan daripada segi perundangan.
BACA: Abby Abadi Tepis Dakwaan Kakak Mangsa Penyondol - “Siapa Yang Bersumpah & Junjung Al-Quran Tu?”
BACA: "Nanti Saya Jawab" - Abby Abadi
Menerusi status di Facebook, Azhar turut menenangnan Norman dan Abby dengan kata-kata yang positif.
“Kepada Norman dan Abby. Tiada parents yang tidak diuji oleh Allah SWT.
“Setiap keluarga ada ujiannya yang berbeza dan tersendiri. Kalau kita belum diuji, well, tunggulah masa you nanti.
“Tolong hubungi saya jika kamu berdua perlukan bantuan perundangan ok? Saya sayang kamu berdua dan nah big hugs!” tulisnya.
Azhar menulis status berkenaan susulan isu ‘penyondolan’ rumah tangga bekas sepasang suami isteri yang didakwa melibatkan anak perempuan Abby dan Norman.
Dalam pada itu, ketika Gempak memintanya untuk mengulas lanjut mengenai perangai netizen yang dilihat melampau dalam mengulas isu berkenaan, Azhar berkata: “Hmmm… No komen.
“Visit my Facebook, kamu akan faham apa yang saya buat. Saya kumpulkan semua orang positif dengan saya. Dalam semua hal dan kemelut, saya lebih suka beringat, hari ni hari dia… esok lusa mungkin hari aku.
“Janganlah suka sangat pijak kepala orang yang sudah jatuh. Esok kalau kamu terjatuh, kamu tak mengharapkan ke akan ada orang yang akan tolong kamu?, tutup Azhar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024