,
Berita

Tiada Sekolah Ditutup, 103 Pelajar Dijangkiti Influenza Di Pulau Pinang

Syafiqah Jalal
13/01/2020
10:48 MYT
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPN) mengesahkan jumlah pelajar yang dijangkiti virus Influenza di negeri itu semakin meningkat dan kini mencecah 103 orang pelajar sehingga jam lapan malam tadi, lapor Astro Awani.
Pengarahnya, Abdul Rashid Abdul Samad, berkata, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 50 kes dalam tempoh tiga hari berbanding 53 kes pada 9 Januari lalu.
Bagaimanapun ianya tidak membabitkan penutupan sekolah di negeri itu.
Mengulas lanjut, Abdul Rashid berkata, daripada jumlah itu, 86 kes membabitkan pelajar pra sekolah hingga tahun enam manakala 16 lagi pelajar tingkatan satu hingga enam.
Katanya lagi, jumlah sekolah yang terlibat adalah 52 buah di lima daerah di negeri itu iaitu Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT), Seberang Perai Selatan (SPS), Timur Laut dan Barat Daya.
Daripada jumlah itu, 40 buah sekolah yang terlibat adalah sekolah rendah manakalah selebihnya adalah sekolah menengah.
Menurut laporan, daerah SPU mencatat bilangan paling tinggi dijangkiti virus influenza iaitu 36 pelajar, diikuti Timur Laut (24), SPS (22), SPT (14) dan Barat Daya (7) pelajar.
Sehingga hari ini, hanya dua kelas di Sekolah Jenis Kebangsaaan Cina (SJKC) Li Hwa, Butterworth, ditutup selama 11, selepas 23 pelajarnya dijangkiti virus berkenaan.
Abdul Rashid berkata, selain pelajar, tiga guru wanita turut dilaporkan terkena jangkitan penyakit itu membabitkan guru dua sekolah menengah di Timur Laut dan satu lagi sekolah rendah di SPU.
Jelas beliau, ketiga-tiga guru terbabit sudah dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Demi Janji, Raffi Ahmad Naik Helikopter Ke Sekolah Anak

gempak
19/10/2024
01:59 MYT
Raffi Ahmad dikenali sebagai hos yang cukup sibuk dengan pelbagai acara yang menggunakan khidmatnya dalam sehari.
Berita

Peluk, Cium Pelajar Perempuan 12 Tahun, Polis Tahan Guru Penolong Kanan

gempak
15/10/2024
12:55 MYT
Polis menahan seorang Guru Penolong Kanan sebuah sekolah rendah di Ipoh, Perak, bagi membantu siasatan kes cabul terhadap seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun.
Terkini

Budak Lelaki Guna Besen Ulang-Alik Ke Sekolah Jentik Hati Netizen - "Kasihannya, Tolonglah Mereka..."

gempak
08/10/2024
12:55 MYT
Kecekalan seorang budak lelaki ke sekolah dengan menaiki sebiji besen mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang menguji kesungguhan dan semangat kanak-kanak lelaki berkenaan.
Viral

Pelajar Perempuan Tingkatan Satu Maut Jatuh Bangunan Sekolah

gempak
02/10/2024
07:57 MYT
Polis mengesahkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut selepas terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah di Jalan Syed Putra, semalam.
Viral

"Terima Kasih Ganggu Mental Kami" - Netizen Simpati Anak Kieda Crepe Dibuli Di Sekolah

gempak
01/10/2024
08:25 MYT
Usahawan crepe terkenal, Kieda berkongsi sepotong video menasihati anak lelakinya untuk tidak melawan kata-kata dari kawan sekolahnya.
BorakSeeni