Laman Utama

"Tiada Shortcut Atau Advantage Untuk Kami Adik-Beradik" - Anzalna Tumpang Gembira Bapa Dilantik CEO Finas

gempak
Amri Hassan
02/11/2021
08:21 MYT
Sponsor Banner
"Tiada Shortcut Atau Advantage Untuk Kami Adik-Beradik" - Anzalna Tumpang Gembira Bapa Dilantik CEO Finas
Pelakon cantik Anzalna Nasir meyakini kemampuan bapanya, Profesor Dr. Md. Nasir Ibrahim untuk menggalas tanggungjawab besar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Kata Anzalna, pelantikan bapanya itu diharapkan dapat membawa perubahan dan memacu perkembangan positif industri kreatif negara.
"Saya tumpang gembira dan berbangga dengan pelantikan ayah saya sebagai CEO Finas, Alhamdulillah rezekinya. Saya juga yakin ayah saya mampu menggalas tugas berat ini dan menjaga amanah bersama pasukannya.
"Berbekalkan pengalamannya bertugas di Kanada hingga sekarang, saya yakin beliau mampu dan akan membawa angin perubahan baharu.
"Semoga mereka dapat bersama-sama mengorak langkah baharu dan memacu industri perfileman ke arah yang lebih baik," katanya kepada Gempak.
Cerita Anzalna, bapanya tidak pernah memberitahu tentang urusan kerjanya kepada keluarga termasuk khabar gembira pelantikan beliau baru-baru ini.
"Ayah saya seorang perahsia, soal kerja tak dibawa bila bersama keluarga. Dia hanya memaklumkan kepada kami sekeluarga apabila sudah confirm jawatan itu.
"Memang kami sekeluarga tumpang gembira atas pencapaiannya dan kemudiannya barulah dia bertanyakan pendapat kami tentang perkembangan industri kreatif negara sekarang," tambah Anzalna.
Dalam pada itu, Anzalna tidak menganggap pelantikan bapanya sebagai jalan pintas untuk dia dan adik-beradiknya, Afifah serta Mia mengambil kesempatan.
"Kami membina kerjaya sendiri. Saya sendiri biarpun sudah memperlahankan karier seni demi keluarga, tawaran berlakon masih ada meskipun saya kini sudah berhijab, Alhamdulillah syukur sangat.
"Sama juga adik-beradik saya yang lain semuanya sudah punya plaform kerjaya masing-masing dan saya lihat mereka semakin berkembang dan berjaya dengan cara sendiri.
"Jadi, tidak ada jalan pintas atau kelebihan kepada kami sekiranya ayah sendiri menjadi CEO Finas," tegasnya.
Semalam, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengumumkan pelantikan Md. Nasir, 62, menerajui perbadanan berkenaan bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 November 2021 sehingga 30 Oktober 2023.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live