gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Isu Busana Perkahwinan Didakwa Sama, Status Elfira Loy & Fiziwoo Raih Perhatian - “You Selebriti, I Orang Biasa-Biasa Je”
HIBURAN
“Kenapa Bawa Lelaki Masuk Rumah Saya?” – Aliff Syukri Mengamuk Rumah Jadi Sarang Maksiat & Dadah
HIBURAN
Netizen Sebak Tengok Video Momen Manis Fazura Bersama Fatima - “Doa Ibunya Akan Sentiasa…"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Tidak Patuhi SOP, Tiga Lori Bawa Misi Bantuan Ebit Lew Diarah Berpatah Balik

Gempak
Gempak
21/07/2021
14:10 MYT
Sponsor Banner
Tidak Patuhi SOP, Tiga Lori Bawa Misi Bantuan Ebit Lew Diarah Berpatah Balik
Tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew termasuk antara kenderaan yang diarah untuk berpatah balik dalam sekatan jalan raya (SJR), di Bentong, Pahang awal pagi Selasa.
Tindakan itu dikenakan kerana tiga lori berkenaan tidak mempunyai dokumen kebenaran.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Menurut Zaiham, tiga buah lori seberat tiga tan mengangkut barangan bagi misi kemanusiaan pendakwah tersebut ke pantai timur tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.
"Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, lori terbabit dalam perjalanan ke Kuantan, Terengganu dan Kelantan.
"Mengikut SOP MKN, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk pergerakan bantuan bencana atau misi kemanusiaan, namun lori terbabit diarah untuk berpatah balik kerana tiada sebarang dokumen bagi tujuan tersebut," katanya.
Beliau menambah, semua pemandu akur dan menerima arahan tersebut dan tiada kompaun dikenakan.
Dalam pada itu, Zaiham memaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong tidak menerima sebarang panggilan atau pertanyaan daripada pasukan Ebit Lew setakat jam 5 petang Rabu.
Beberapa hari lalu, Ebit Lew berkongsi status di Instagram sebanyak 10 buah lori bantuan bergerak menghantar keperluan asas seluruh Malaysia.
Topic Berkaitan
#Ebit Lew
#Sekatan jalan raya
#Lori Bantuan
#Patah Balik
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement