Pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin mengakui mereka tidak pernah menggunakan kekerasan ketika ingin mendidik anak-anaknya, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa sepanjang pengalaman mereka menjadi ibu bapa.

Menurut Amyra, keperibadian ibu bapa itu sangat penting bagi membentuk cerminan yang baik kepada anak-anak.

“Saya percaya jika saya gunakan kekerasan mereka akan keras juga sebab kalau apa yang anak-anak saya sedih atau buat salah seperti tumpahkan air saya tidak marah saya akan cakap elok-elok sahaja suruh dia bersihkan.

“Sebab apa-apa pun mereka akan say sorry dulu sebab kami telah mendidik mereka sebegitu jadi ianya sudah menjadi cerminan buat mereka. Bila dah besar ni anak-anak yang akan cakap sorry dulu kalau buat apa-apa salah sebab kita dah ajar mereka dari kecil,” ujarnya kepada Gempak.

Terbaharu, Amyra dan Amar sekeluarga terpilih untuk menjadi wajah Kempen Rantaian Habib 2024 sempena Aidilfitri pada tahun ini.

Menurut Amyra, setiap kali menerima sebarang tawaran, dia dan Amar lebih selesa untuk berbincang terlebih dahulu dengan anak-anaknya supaya mereka dapat memberikan kerjasama yang baik.

"Ini kali pertama kali kami sekeluarga menjadi wajah untuk barang kemas. Pihak Habib memang approach kami satu keluarga. Alhamdulillah, anak-anak pun beri kerjasama yang baik.

"Sebelum saya bersetuju untuk bekerjasama dengan mana-mana jenama, saya selalu tanya dulu mereka. Walaupun mereka masih kecil, saya akan tanya mereka berdua sama ada nak shooting atau tidak.

"Kalau mereka tiada masalah dan tunjukkan minat ke arah itu, saya rasa tidak ada masalah untuk mereka ke depan," katanya.

Tambah Amar, dia dan Amyra tidak pernah melarang sekiranya ada pihak ingin mengambil Anaqi mahupun Aryssa untuk menjadi wajah bagi sesetengah jenama.

Namun, mereka belum bersedia untuk menerima sebarang tawaran berlakon bagi pihak anaknya memandangkan usia mereka masih kecil.

"Kami dari dulu memang kalau ada yang bertanya, kami bergantung kepada rezeki. Kami tidak pernah melarang. Tapi untuk drama tu, kita tahu benda tu bukan senang jadi kami lebih selesa biarkan mereka fokus pelajaran dahulu.

Berita Trending: “Mungkin Orang Nampak Kita Senang Tapi Hakikatnya…”- Amyra Rosli Terharu Terima Kejutan…

"Untuk brand dan komersial ni dia hanya perlukan masa satu hari je. Jadi kami okay je," jelasnya.

Amyra dan Amar berkongsi perkara berkenaan ketika ditemui di majlis Pra-Pelancaran Koleksi Rantaian Kasih 2024, di St. Regis Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Amyra sekeluarga dijemput menjadi model bagi jenama ini.

Sekadar info, koleksi habib tahun ini menampilkan tema 'Anyaman' dan sekali lagi mengetengahkan ikatan kekeluargaan yang erat sempena kempen Hari Rayanya yang dikenali sebagai Rantaian Kasih.

Selain Amyra sekeluarga, kempen Rantaian Kasih tahun ini juga menampilkan duta-duta daripada latar belakang yang berbeza termasuk Sharifah Rose dan Ezzanie Jasnie.

Berita Trending:Ada Syarat Amar Baharin Nak Kayuh Basikal - “Dia Cakap No Sebelum…”

Berita Trending: “Bunuh Orang Tak Tahu Malu, Kena Kecam Di Media Sosial Takut” - Amyra Rosli