Laman Utama

“Tidak Semua Penyondol Itu Bersalah, Tidak Semua Yang Disondol Itu Bersalah” - Nasihat Fazley Yaakob

gempak
Mya Amri
02/02/2023
00:50 MYT
Sponsor Banner
“Tidak Semua Penyondol Itu Bersalah, Tidak Semua Yang Disondol Itu Bersalah” - Nasihat Fazley Yaakob
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berpendapat isu mengenai orang ketiga dalam masalah rumah tangga adalah merupakan pilihan individu.
Menjelaskan lebih terperinci, Fazley berkata pilihan terletak di tangan individu yang mengalaminya sama ada mahu membenarkan orang ketiga hadir dalam keluarga atau pun menolaknya.
“Gangguan itu biasa tapi kita boleh memilih untuk buat apa dengan gangguan yang datang, pilihan itu ada pada kita.
“Kalau kita nak diganggu, kita benarkan gangguan, itu adalah pilihan. Tetapi jangan kita letak ketepi memang ada rumah tangga yang bermasalah.
“Tidak semua penyondol itu bersalah dan tidak semua yang disondol itu juga bersalah kerana dalam rumah tangga ada elemen-elemen yang tidak diceritakan pada orang luar.
“Jadi mungkin apabila memilih untuk mencari insan ketiga, mencari kebahagiaan, pada saya adalah penting untuk kita faham situasi tersebut secara menyeluruh sebelum menyalahkan penyondol, yang disondol atau pun menyalahkan isteri atau suami dalam keterlibatan masalah rumah tangga tersebut.
“Saya sering terlibat dengan orang-orang yang bercerita tentang masalah rumah tangga, kita lupa bahawa tidak semua rumah tangga yang kita tengok cantik itu cantik pada azalinya.
“Tapi saya yakin kebanyakannya masalah dalam rumah tangga adalah pilihan, kita boleh pilih untuk terima penyondol atau pun kita boleh pilih untuk cuba menyelesaikan masalah rumah tangga,” jelasnya ketika ditemui Gempak.
Fazley ditemui ketika majlis perasmian kolaborasi kedai serbaneka CU x Datuk Fazley bertempat di Datum Mall, Jalan Jelatek, Kuala Lumpur pada Selasa.
Berbicara mengenai rumah tangga, Fazley juga menyarankan sekiranya berlaku masalah, ambil masa untuk mengingati kembali detik kali pertama bertemu dengan pasangan.
“Saya jadi seorang artis selama 21 tahun, dah berkahwin hampir 16 tahun, apabila disebut tentang orang menyondol, disondol, hal rumah tangga ada gangguan, pada saya ia sesuatu yang bergantung pada diri sendiri.
“Saya sering cakap pada rakan-rakan artis kalau kita bekerja dalam dunia perfileman, dunia nyanyian, pentas, kita mungkin akan terselesa dengan orang yang kita kerja lama.
“Sebagai contoh kita bekerja bersama dalam konsep pentas atau filem, sebulan kita kerja bersama-sama mesti akan tersuka sebab bila ada titik persamaan itu kita akan mudah tersuka pada orang yang kita selesa pada ketika itu.
“Tapi saya sering sarankan kalau yang sudah ada anak, yang sudah berkahwin lama, ingatkan tempoh percintaan pertama kenapa kita jatuh cinta dengan pasangan kita.
“Sebab setiap pasangan ada kelemahan dalam masa yang sama kita mudah rasa bosan, merajuk, tetapi kalau kita dapat cari satu titik persamaan yang pernah wujud satu ketika dulu, insya-Allah percintaan, perkahwinan hubungan itu kekal walaupun ada gangguan,” ujarnya
Terdahulu, isu hangat ini mula diperkatakan selepas pelakon Bella mendedahkan seorang heroin drama membuat pengakuan mengatakan dirinya sudah jatuh cinta dengan suaminya, pelakon Aliff Aziz.
BACA: Bella Astillah Dedah Ada Heroin Drama Jatuh Cinta Dengan Aliff Aziz - “Dia Kata Dia Bodoh & Tersuka Suami Saya…”
BACA: “Setiap Drama Dia Pi Kacau Rumah Tangga Orang” - Sharnaaz Saran Sekat Pelakon Penyondol Keluar TV
Bimbang kejadian lama terjadi lagi, Bella turut memberitahu pelakon wanita itu juga setiap hari menghubungi suaminya.
Tanpa mendedahkan nama, Bella bagaimanapun menasihatkan agar aktres tersebut menjaga maruah sebagai seorang wanita dan berhenti mengganggu suami orang.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024