Berita

Tidak Wajib, Vaksin COVID 19 Percuma Untuk Rakyat Malaysia

gempak
Maliah Surip
28/11/2020
14:35 MYT
Sponsor Banner
Tidak Wajib, Vaksin COVID 19 Percuma Untuk Rakyat Malaysia
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tiada sebarang caj dikenakan kepada rakyat Malaysia sebaik vaksin Covid 19 diperolehi kelak.
Muhyiddin berkata suntikan vaksin tersebut dapat diambil secara percuma jika ia diambil di hospital dikendalikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Untuk rakyat kita, di bawah Perintah Fi Perubatan 1982, secara dasarnya sudah tentu ia akan diberikan secara percuma, tiada caj suntikan vaksin dikenakan kepada rakyat Malaysia.
“Mereka yang datang ke hospital di bawah KKM terutamanya sekarang, waktu pandemik, kita di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Tapi untuk warga asing, ia akan dikenakan bayaran pada kadar yang akan ditentukan KKM,” katanya pada sidang media secara sidang video di sini pada Jumaat seperti dilaporkan Awani.
Turut menyertai sidang media itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, kerajaan tiada cadangan untuk mewajibkan vaksinasi COVID-19 kepada semua rakyat Malaysia.
Menurutnya, setakat ini hanya mereka yang bersetuju, menandatangani persetujuan secara bertulis dengan sukarela akan disuntik vaksin tersebut.
“Tiada paksaan tapi sebaik mungkin bagi mereka yang dianggap kumpulan yang agak mudah menghadapi masalah penyakit dan sebagainya, adalah amat wajar mereka bersedia untuk diberikan vaksin yang saya sebutkan tadi.
“Ini adalah untuk menentukan kita dapat mengawal wabak ini di sini. Saya yakin tahap penerimaan dalam kalangan orang ramai adalah tinggi.
“Saya dengar di luar sana banyak pihak menunggu untuk mereka diberikan suntikan atau imunisasi vaksin COVID-19 dan mereka ingin hidup normal, tidak mudah dijangkiti penyakit,” ujarnya.
Sumber & Foto: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024