Seorang wanita yang juga selebriti media sosial dari Indonesia membuat heboh dengan pengakuan beraninya.

Wanita yang dikenali sebagai Siskaeee itu mengaku telah tidur dengan lebih 200 lelaki sepanjang hidupnya.

"Itu (jumlah 200) sebelum saya masuk penjara. Sekarang mungkin sudah 216,” kata Siskaeee saat berbincang dengan Nikita Mirzani dalam YouTube Nexera Entertainment seperti dipetik Jawapost.

BERITA TRENDING: Ketagihan Pornografi, Billie Eilish Akui Otaknya Rosak

Menerusi temu bual sama, Siskaeee juga mengaku sangat menyukai aktiviti seks. Dan kerana minat terhadap aktiviti tersebut dia mencatat semua nama lelaki yang pernah melakukan hubungan seks dengannya.

“Semuanya saya catat nama mereka buat kenang-kenangan,” katanya lagi.

Dia juga menjawab pertanyaan Nikita yang ingin tahu identiti lelaki yang pernah melakukan hubungan seks dengannya. Antara mereka ada dalam kalangan selebriti, namun kata Siskaee atas perjanjian yang dibuat dia tidak boleh mendedahkan nama mereka.

"Ada Bu. Jangan Bu. Saya sudah berjanji sama beliau (tidak akan beri tahu orang lain),” ujar Siskaeee.

Demi menjaga kesihatannya, Siskaee memberitahu melakukan pemeriksaan setiap tiga bulan selain hanya mahu melakukan hubungan seks menggunakan kondom.

BERITA TRENDING: Bintang Porno Nikah Dengan Kru Sendiri Di Balai Polis

Sebelum ini nama Siskaee menjadi hangat selepas sering membuat konten berbaur lucah termasuk menayang buah dadanya di Instagram. Dia juga pernah terlibat dalam karya porno sebelum ditangkap pihak berkuasa.