Laman Utama

Tindik Hidung, Shila Amzah Jawab Netizen - “Selepas Cerai, Saya Nak ..."

gempak
Asyikin Mayudin
11/02/2023
01:55 MYT
Sponsor Banner
Tindik Hidung, Shila Amzah Jawab Netizen - “Selepas Cerai, Saya Nak ..."
Imej Shila Amzah yang bertindik hidung masih menjadi perhatian netizen sehingga ada yang bertanya mengenai perkara itu ketika penyanyi itu membuat live di TikTok.
Menjawab pertanyaan netizen, Shila mengakui dia mengubah sedikit penampilannya itu kerana inginkan sesuatu kelainan selepas bercerai.
“Bila ada overprotective family, you nak jadi rebellious (memberontak) kan. Jadi, selepas Sha cerai, I wanted to do something. Sha macam nak something different.
“Sha suka piercing dari zaman sekolah lagi,” kata Shila ketika membuat live di TikTok baru-baru ini.
Terdahulu, Shila menerima kecaman daripada netizen disebabkan imejnya bertindik di hidung ketika menyertai program Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9).
Bagaimanapun menerusi temu bual bersama Gempak sebelum ini, Shila berkata dia menerima kritikan netizen dengan hati terbuka untuk memperbaiki lagi kelemahan dalam dirinya.
BACA: GV9: Imej Tindik Hidung & Kuku Panjang, Ini Jawapan Shila Amzah “Bila Orang Tak Suka Kita, Mereka Akan…”
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live