,
Laman Utama

“Tolak Tepi Nikmat Seronok” – Imran Aqil Persiapkan Diri Sebelum Bergelar Suami Dahlia Rizal

Shahrin Zulkifle
15/09/2022
02:16 MYT
Pelakon Imran Aqil,22, akui masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.
Bagaimanapun, jelas Imran, dia menggunakan tempoh pertunangannya itu untuk mempersiapkan diri sebaik boleh sebelum sah menjadi suami kepada gadis pilihannya, Dahlia Rizal.
“Bercakap pasal bersedia itu masih belum lagi, tetapi dalam fasa pertunangan inilah yang saya gunakan bagi mempersiapkan diri untuk bergelar sebagai seorang suami nanti.
“Sebabnya perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah, saya perlu tolak tepi nikmat seronok dan beri fokus pada tanggungjawab kerana itulah yang paling penting.
“Alhamdulillah, setakat sebulan ini semuanya berjalan dengan baik, tapi ujian sikit-sikit itu adalah.
“Saya harapkan urusan kami berdua terus dipermudahkan sehingga hari yang kami nantikan itu tiba,” katanya kepada Gempak.
Imran ditemui ketika majlis tayangan episod akhir drama siri original Sooka lakonannya, Kau vs Aku yang berlangsung di The Bee, Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ditanya mengapa bertindak untuk merahsiakan pertunangan bersama Dahlia, bekas peserta Hero Remaja 2020 itu menjelaskan tindakan tersebut adalah yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.
“Memang itu perancangan awal kami berdua untuk merahsiakan tentang hal ini sebab pada saya lebih baik untuk disembunyikan dahulu sehingga ke hari pernikahan barulah diuar-uarkan.
“Pihak saya dan Dahlia memilih untuk merahsiakan, tetapi kami hanya merancang sehingga ada tersebar beberapa video, kemudian saya pun terbukalah untuk beri tahu semua pihak.
“Alhamdulillah, saya terima doa yang baik-baik daripada keluarga, rakan-rakan dan peminat juga,” tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Imran bakal muncul dalam sebuah lagi siri terbaharu di Sooka menerusi drama Kamcing yang akan disiarkan tidak lama lagi.
BACA: Imran Aqil & Dahlia Rizal Bertunang, Netizen Restu-“Allah Ganti Dengan Yang Lebih Baik…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Siti Saleha Kini Tunang Joshua Fitton

gempak
09/11/2024
12:25 MYT
Pelakon, Siti Saleha mendedahkan dirinya kini sudah bertunang dengan seorang pereka fesyen, Joshua Fitton.
Hiburan

Dalam Diam Rupa-Rupanya Qi Razali Sudah Bertunang, Bakal Nikah Tahun Depan - “Dia Orang Industri Tetapi…”

gempak
28/10/2024
13:25 MYT
Pelakon dan pengacara, Qi Razali mendedahkan dia kini bergelar tunang kepada seseorang wanita sejak Hari Raya Aidilfitiri lalu.
Hiburan

Liam Payne Dituduh Terlalu Obses, Bekas Tunang Minta Berhenti Ganggu

gempak
16/10/2024
15:00 MYT
Bekas tunang kepada Liam Payne, Maya Henry mendedahkan lelaki tersebut bersikap terlalu obses, sering menganggu dan kurang menyenangkan selepas hubungan mereka terlerai.
Hollywood

Kecoh ‘Putus’, Asmara Vokalis Coldplay Chris Martin - Dakota Johnson Masih Membara

gempak
21/08/2024
11:50 MYT
Kecoh minggu lalu apabila hubungan cinta antara vokalis Coldplay, Chris Martin dan aktres Dakota Johnson dilaporkan berakhir.
Viral

Netizen ‘Serang’ Laman Sosial Imran Aqil Sebab Dahlia Rizal - “I Rasa Posting Imran Tak Ada Hate Dekat Dia…”

gempak
28/07/2024
01:55 MYT
Pelakon Imran Aqil mengakui dia jarang menerima komen kecaman atau netizen melemparkan kebencian di laman sosial miliknya.
Unitar