Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam ditangguhkan kira-kira lima minit selepas Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan perbicaraan kes remaja kelainan upaya (OKU) Bella, sebak melihat tayangan dua video yang memaparkan kecederaan dialami remaja itu.
Dua rakaman video berdurasi enam minit 32 saat dan 41 saat itu dimainkan Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas pada sesi pemeriksaan utama di hadapan Hakim Izralizam Sanusi pada Jumaat ketika keterangan saksi pendakwaan ke-10 Inspektor Mior Samsul Abd Rahman yang merupakan Juruanalisa Unit Siasatan Audio Video, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) diambil.
Kedua-dua video itu adalah rakaman asal semasa Bella diselamatkan dan kecederaan dialami remaja itu yang dianalisis oleh saksi berkenaan.
Menurutnya, pada 22 Julai 2021, beliau menerima permohonan analisis barang kes yang dihantar iaitu telefon bimbit jenis iPhone dan kad sim jenama Maxis.
"Pada 9 Ogos 2021, kira-kira pukul 9 pagi, saya telah menjalankan proses mengekstrak data yang dikehendaki daripada telefon pintar menggunakan perisian XRY. Fail yang dikeluarkan adalah dua buah video yang masing-maisng berdurasi enam minit 32 saat dan 41 saat.
"Merujuk kepada permohonnan pegawai penyiasat, saya telah capture dan menganalisis imej yang dikehendaki daripada video yang dikeluarkan daripada telefon bimbit dengan kaedah zooming dan sharpness menggunakan perisian yang dinamakan 'video investigator'," katanya.
Perbicaraan bersambung pada 29 Jun ini.
Pada 20 Ogos 2021, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sumber: Awani
Awani
Sat Jun 18 2022


Peraduan Detektif #MurderByMoonlight - Who’s The Murderer?
Korang nak jadi detektif sambil menang hadian? Korang berada di tempat yang betul!

Polis Tahan Lelaki Berusia 23 Tahun Letak Vape Di Mulut Bayi
Semoga bayi sihat sahaja.
![[VIDEO] Akibat Kongsi Rakaman Lamaran Olok-Olok Azal, Zarina Zainuddin Dikecam Netizen - “Anak Autism Pun Ada Hati & Perasaan” [VIDEO] Akibat Kongsi Rakaman Lamaran Olok-Olok Azal, Zarina Zainuddin Dikecam Netizen - “Anak Autism Pun Ada Hati & Perasaan”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/azal.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Akibat Kongsi Rakaman Lamaran Olok-Olok Azal, Zarina Zainuddin Dikecam Netizen - “Anak Autism Pun Ada Hati & Perasaan”
Zarina Zainuddin dikritik netizen
![[VIDEO] Allah Selamatkan Kamu Ayash Affan - Shuib Sambut Ulang Tahun Pertama Anak Bongsu [VIDEO] Allah Selamatkan Kamu Ayash Affan - Shuib Sambut Ulang Tahun Pertama Anak Bongsu](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/whatsapp-image-2022-08-09-at-7-17-43-am.jpeg?ext=.jpeg)
[VIDEO] "Allah Selamatkan Kamu Ayash Affan" - Shuib Sambut Ulang Tahun Pertama Anak Bongsu
Sekejap sahaja usia Ayash Affan dah setahun

Pembedahan Baru Kering, Lucinta Luna Dakwa Muka Mirip Jisoo Blackpink Pula
Bukan satu rahsia tindakan Lucinta Luna yang kerap melakukan pembedahan plastik terutama pada bahagian wajahnya beberapa bulan kebekalangan ini.

“You Boleh Minta Maaf Macam Mana Pun, Tapi I Tetap Akan Saman You” - Penerbit Eksekutif Filem Gadis Jolobu
Penerbit Eksekutif Gadis Jolobu mahu saman Youtuber

Pesilat Wanita Beragama Kristian Ini Perjelas Sebab Mengenakan Tudung Ketika Bertanding - “Walaupun Tidak Diwajibkan…”
Ini alasan Merrywati Manuil mengenakan tudung

Bayi 6 Bulan Terkorban Lepas Bapa Angkut Naik Motosikal Selama 12 Jam Semata-Mata Nak Tengok Bola
Bapa menyesal angkut anak yang masih bayi tengok bola

TikToker Meninggal Dunia Selepas Terima Komen Negatif Netizen
Menerusi kenyataan pihak berkuasa, TikToker berkenaan dikejarkan ke hospital dipercayai selepas cuba membunuh diri
![[VIDEO]: “Biasalah Zaman Muda, Kisah Lama Lupakan” – Elly Arifin & Sharnaaz Ahmad Tak Gaduhlah! [VIDEO]: “Biasalah Zaman Muda, Kisah Lama Lupakan” – Elly Arifin & Sharnaaz Ahmad Tak Gaduhlah!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/elly-arifin-sharnaaz-ahmad-tak-gaduhlah.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO]: “Biasalah Zaman Muda, Kisah Lama Lupakan” – Elly Arifin & Sharnaaz Ahmad Tak Gaduhlah!
Masing-masing dah matang sekarang dan profesional gitu.