Pelakon kacak Tony Eusoff mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi poster filem terbaru lakonannya, Penunggang Agama 2 yang berada di platform Astro First pada 19 Oktober ini.

Tony yang memegang watak sebagai seorang paderi yang bertugas di sebuah gereja di Cameron Highland, Father Michael memuat naik foto tersebut untuk tatapan umum.

Selain Tony, filem sekuel ini masih mengekal teraju utamanya iaitu pelakon popular tanah air, Zul Ariffin sebagai Amir, bersama pelakon, penyanyi dan juga pengacara Azira Shafinaz sebagai Anna.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pelbagai reaksi terhadap filem terbaru lakonan Tony itu.

Tidak kurang juga ramai yang tidak sabar menyaksikan kesudahan filem Penunggang Agama yang terdahulu.

Penunggang agama 1 jalan cerita dia boleh tangkap, hantu tak seram. Tapi pelakon dia sangat menjadi menyebabkan masa aku tak terbazir. Kira ko enjoy the story. Penunggang agama 2 ni nampak macam ada 2 agama. Jarang movie sentuh macam ni. Mesti best,” ujar seorang wargamaya.

THANKS U SYAFIQ YUSOF!!! Yang Mana TAK FAHAM apa yang berlaku di Malaysia now... Ini lah jalan ceritanya,” komen seorang wargamaya.

Haritu yang filem 1 best! Suka tengok Zul Arifin berlakon,” kata seorang wargamaya.

Interesting. Didn't expect this kind of concept. Looking forward to it!” tulis seorang wargamaya.

Oh i can just see the comments and replies to this movies and all will be about Tony and Zul are daddy. Y'all need holy water and air zamzam ready,” usik seorang wargamaya.

Aku tengok trailer malam tadi and i was like..okeyyyy okeyyyyy this is different,” kongsi seorang wargamaya lagi.

Penunggang Agama 2 mengisahkan rentetan Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama.

Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya, iaitu merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima.

Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial dan itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz.

Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael telah mencabar ego dan kredibiliti Amir.

Saksikan filem Penunggang Agama 2 yang akan berada di Astro First bermula 19 Oktober 2021
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang.

Selain itu, bagi mereka yang ingin menonton Penunggang Agama 1, boleh juga melanggan dua koleksi filem tersebut di Astro First secara kombo (Penunggang Agama 1 dan Penunggang Agama 2) dengan satu harga istimewa RM19.90.